Skip to main content

CSE + UTUSAN

UiTM Lendu jana minat pelajar dalam sektor korporat

MELAKA 12 April - Lebih 300 pelajar semester dua Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu Alor Gajah di sini didedahkan mengenai dunia korporat, prinsip dan terjemahan komunikasi pada Pameran Sektor Korporat 2011 baru-baru ini.
Pensyarahnya, Shafezah Abdul Wahab berkata, objektif utama pameran tersebut bertujuan memberi impak tinggi kepada reputasi bakal graduan UiTM dalam menceburi bidang korporat selepas tamat pengajian kelak.
"Dengan pendekatan sektor korporat ini, pelajar dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi dalam mempengaruhi pasaran tempatan mahupun di peringkat persaingan global melalui Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pameran tersebut dirasmikan oleh Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam. Turut hadir Koordinator Program Diploma Komunikasi dan Media, Abdul Rauf Ridhuan.
Shafezah berkata, pameran tersebut disertai kira-kira 34 organisasi daripada pelbagai industri antaranya ialah pemakanan, pelancongan, pengangkutan, perbankan, tekstil dan telekomunikasi.
Katanya, antara organisasi yang menjayakan pameran akademik itu ialah Malaysian Airlines System Bhd. (MAS), Rapid KL, PLUS Expressways, Duke Highway, Proton, Perodua, Asian Divers, Jakel, Bonia, Astro, Hot FM, Celcom, Digi, Ayamas, Munchy dan banyak lagi.
Ujarnya, pelajar turut diberi pendedahan latar belakang sesebuah organisasi, peranan dalam hubungan dalaman dan luaran, hubungan media dan kerajaan serta tanggungjawab sosial terhadap sesebuah organisasi.
"Melalui pameran ini juga, diharap para pelajar dapat menghasilkan satu produk ataupun perkhidmatan yang berinovatif serta mempunyai permintaan meluas di peringkat tempatan mahupun global serta memenuhi kehendak pasaran yang berdaya saing," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bride To Be - Persiapan

Assalamualikum, Maaf lah lama betul tak update blog,, macam-macam yang jadi for the past few days sampai aku perlu masa yang banyak untuk rehatkan otak. Ditambah pulak dengan due date hantar research yang tak lama lagi. Tapi tak apa,, sebab alhamdulilah, aku almost siap dengan research tu. Doakan aku dapat grad degree pada masa yang ditetapkan ya.. harap sangat.. Seperti yang dijanjikan, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal few persiapan yang aku dah buat untuk tunang dulu. Biasa lah,, mula2 cakap nak buat simple mimpel je.. tapi end up rasa mcm mega jugak. Untuk yang nak bertunang atau nak kahwin,, yang paling pening adalah baju dan hantaran. Itu adalah keutamaan yang buat aku pening nak fikir. Tapi mak selalu ckp,, "tak apa,, kita get ready awal,, nanti tak rushing" 1. Baju dan Tudung. So rasanya bila dah tetap tarikh bertunang tu,, aku dan mak mula misi pencarian baju dulu... sebab aku tak tetapkan tema apa2.. rasa mcm otak kosong bila orang tanya pasal tema...

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen...

Photoshoot, for photo com.

pelakon, azzri and nadirah cameramen, and camerawomen  cik abang sayang, tgh fikir nak guna angle yang mana sleeper kuning.  barisan pelakon: azri, nadirah, hafizie cinta tiga segi muka penat. second day. there are something through their eyes Aku tak akan share kan kat sini pasal jalan cerita storyboard aku,, bagi mengelakan hal2 yang tidak diingini berlaku.. photoshoot dah selesai,, harap2 editing dapat berjalan dgn lancar. jutaan terima kasih pada semua pihak yang membantu * para pelakon *keluarga aku,, ccik abang sayang, azri, nadirah, dan hafizie. * dan semua yang terlibat dalamm menjayakan storyboard ini.