Skip to main content

Dear Stalker.

Entry kali ni khas utk stalker, tak kisah lah org yg stalk aku sama ada kat Fb ataupun kat Blog, termasuklah stalker yg tak pernah stalk aku... hahahah

Aku tahu ada je yg stalk aku, not to say yang aku hot smpai ada yg stalk. Aku tahu pun sebab diaorg yang mengaku stalk aku. To be honest aku tak kisah nak stalk blog aku tapi tanak follow, aku tak harap pun org baca blog aku atau follow setiap status kat Fb aku. But the thing is, korang tak malu ke mengaku as stalker?

Tu dah satu hal, benda yg paling aku benci bila campur adukkan hal kat blog dgn reality life. Memang lah apa yg aku tulis ni semua reality, benda yang jadi but aku tak rasa dia perlu utuk mention benda tu bila dgn aku. Aku yang menulis pun jadi termalu bila tgh best2 lepak, ada je mulut yang gatal sebut pasal sesetengah entry yang aku tulis, dan seolah mintak aku untuk explain more pada diaorang.

Aku happy bila org baca apa yg aku tulis, so that aku boleh improve kan lagi cara penulisan aku. Tapi rasanaya aku tak perlukan sindiran yang sinis dari anda wahai stalker. I would be more appreciate if you give me some advise. Teguran dgn sindiran itu sebenarnya sangat berbeza.

Mcm kakak aku, dia pun stalk aku, tapi lepas baca entry aku, dia akan comment or nasihat bila perlu. Kalau salah dia suruh aku tukar atau baiki, kalau issue tu agak sensitive dia suruh aku delete. Aku ok je kot, tapi kalau nak perli2, bagi hin2 pasal apa yg aku tulis, aku sangat tak suka dan bagi aku perbuatan tu sangat keji.

Ada je yg tegur aku, ckp aku dah berubah, aku dah lain, bila aku tanya kenapa, diaorg ckp " saya dah baca semua yg awak tulis kat blog" wahai stalker yang tegar, you cannot judge me through my writing only. Aku berubah?? no!! like seriously Aku tulis, apa yang aku rasa, kalau marah, then terima lah, kalau sedih, of course lah ayatnya juga sedih.

Aku tak menjadikan blog ini sebagai tempat aku untuk bergossip. Just to share my opinion, point of view and my perseption toward something. Kalau terima, atau setuju, amik, kalau tak then diam je lah,, rasanya tak perlu kot nak perli2 aku bila face to face.

Aku jugak stalker, dan aku tak pernah bg tahu org tu yng aku stalk dia... Diam dah la,, tak rasa mcm korang menjatuhkan maruah korang ke?? tak rasa mcm itu satu penghinaan untuk diri sendiri ke? Fikir balik....Dan fikir baik2....


P/s. thank you sebab stalk aku.... i am really happy....

Comments

Popular posts from this blog

Bride To Be - Persiapan

Assalamualikum, Maaf lah lama betul tak update blog,, macam-macam yang jadi for the past few days sampai aku perlu masa yang banyak untuk rehatkan otak. Ditambah pulak dengan due date hantar research yang tak lama lagi. Tapi tak apa,, sebab alhamdulilah, aku almost siap dengan research tu. Doakan aku dapat grad degree pada masa yang ditetapkan ya.. harap sangat.. Seperti yang dijanjikan, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal few persiapan yang aku dah buat untuk tunang dulu. Biasa lah,, mula2 cakap nak buat simple mimpel je.. tapi end up rasa mcm mega jugak. Untuk yang nak bertunang atau nak kahwin,, yang paling pening adalah baju dan hantaran. Itu adalah keutamaan yang buat aku pening nak fikir. Tapi mak selalu ckp,, "tak apa,, kita get ready awal,, nanti tak rushing" 1. Baju dan Tudung. So rasanya bila dah tetap tarikh bertunang tu,, aku dan mak mula misi pencarian baju dulu... sebab aku tak tetapkan tema apa2.. rasa mcm otak kosong bila orang tanya pasal tema...

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen...

Sarjana Muda part 1

Bismillahhirahmanirahim.... Assalamualikum semua.. Dan pastinya semua tahu keputusan pemohonan aku utk sambung ke degree telah diluluskan. Kalau tak silap aku, keputusan dapat 19.7.2013. Tah lah kenapa, aku x suka cerita sesuatu berita tu dgn cepat pada semua. Aku suka cerita sesuatu yg sudah berlaku instead of akan berlaku. Faham ye? kadang aku amik masa sikit nak share satu2 benda kat sini mahupun di facebook. Baiklah,, alhamdulilah aku ditawarkan dgn program yg mmg aku nak. Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan. Aku ada cerita di enrty yang lepas aku pergi interview utk degree. So aku nak share masa interview tu pensyarah tanya apa kat aku. then baru aku konsi kenapa aku nak amik kewartawanan ni. (basically ni flow utk entry kali ni) interview tu start pukul 8.30 di UiTM Merbok. Mula2 mcm biasa dia bahagikan kami semua kepada 2 kumpulan according to alphabetical odder. Dari A sampai N group 1, M sampai Z group ke 2. Aku dah sedih dah time tu sebab aku kalau...