Skip to main content

Mati itu Pasti

Bila cakap pasal mati mesti kita akan bayang keranda, air mata, kain putih, sunyi, gelap. Tapi ada tak sapa2 terfikir Kehilangan?

Hari rabu lepas, masa aku, mak, Ain dan Fridaus di Rumah Tamu UiTM Alor Gajah, lebih kurang time Maghrib mcm tu. Abang aku call mak aku dan bagi tahu yang salah seorang sepupu lelaki aku di sebelah arwah bapak aku baru 10 minit meninggal.

Umur arwah belum lagi mencecah 39 tahun. Arwah ada 3 org anak, yang sulong baru 13 tahun dan yang kedua tu anak kembar sepasang yang baru darjah 1. Mcm mana dia meninggal kami belum tahu. Aku cuma ckp dkt mak aku dan budak2 tu untuk kemas2 barang. Sebab jenazah masih ada di Hospital Sungai Boloh. Jadi kebuminya di Seksyen 21.

Alhamdulilah, aku drive dari Melaka ke Putra Heights, lebih kurang 1 jam 45 minit. Bila jumpa abang aku yang baru balik dari hospital dia baru cerita mcm mana arwah meninggal.

Arwah, Dia terpaksa balik Penang sebab ada urusan kerja, jadi isteri arwah suruh dia bawak anak-anak sekali, ye lah cuti sekolah kan,, so boleh lah jumpa nenek dia orang kat Penang. Masa tu masih lagi di area Rawang, sambil drive arwah makan oreo dgn tiga anak2 dia. Anak sulong, Adam duduk di depan and the twin kat belakang. Tiba2 Adam perasan yang mulut daddy dia dah berbuih. Jadi dgn cepat dia tukar gear kereta ke P dan tarik handbreak, Mujur lah dia tak langgar apa2. Lepas dalam 30 seconds, Arwah menghembuskan nafas  yang terakhir di atas bahu Adam. Adam terus amik handphone daddy dia and terus call mummy dia. Mujur lah masa tu da kereta peronda kat belakang kereta arwah. Kereta peronda tu follow sebab diorang nampak keadaan kereta arwah yang dah melelong. Arwah selamat di kebumikan hari Khamis antara jam 10-11 pagi.

Aku sampai di rumah ibu mertua arwah dalam pukul 8 pagi hari khamis, keadaan yang sayu, Tapi aku sempat ternampak isteri arwah, mukanya nampak tenang, Adam duduk je tak jauh dari mummynya. Tapi si kembar berlari2 main2 dgn kawan. Tak faham keadaan itu lgi mugkin. Apa yang dia ckp cuma satu "syuuuuh,, diam daddy tak sihat"

Kisah ini sedikit sebanyak buat aku sendiri seolah tersedar dari mimpi yang panjang, MATI ITU PASTI. Allah akan tarik nyawa kita bila2 masa saja. Tiada istilah sedia atau tidak.

Aku jadi sayu bila mengenangkan anak2 arwah. Sambil duduk di rumah tu, tgk anak2 arwah sambil sedekahkan Alfatihah utuk arwah, kak ina ingatkan aku tentang sesuatu. "mi, ingat tak waktu kita dulu?" Hati aku jadi sebak dan ketat, bila teringat kan sesuatu, Ye baru aku teringat, Arwah bapak aku meninggal pada usia aku 8 tahun. Tak banyak beza dgn si kembar tu. Teringat balik sedihnya Ya-Allah.

Jujurnya, cukup berat untuk teruskan hidup, buat seorang kanak2 yang usianya baru mencecah 7-8 tahun, dan telah kematian bapa. Seperti ada kekurangan yang jelas ketara. Tapi yang hidup harus teruskan hidup.

Air mata aku menitis bila terkenangkan masa depan mereka. Bukan soal duit yang aku sedihkan. Tetapi soal hati dan perasaan, yang pernah aku rasakan dulu dan sekarang. Tak pernah berubah. Apa yang aku fikirkan, mampukah mereka tiga beradik ini untuk kuat hadapi dugaan dan ujian yang Allah beri ini?

Mcm mana Adam yang baru beusia 13 tahun untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang baru? besar tanggungjawab tu. Allah bantulah keluarga ini.

Tapi bila mata aku tertumpu pada mummy mereka, aku pasti mereka mampu untuk bangkit semula. Ada ketabahan dan ada kekuatan dia setiap titis air mata dia.

Aku cuba letakkan diri aku di tempat isteri arwah, dan aku menangs semula. Besar sungguh dugaan ini. Bagaimana nak teruskan hidup menjaga anak seorang diri dgn usia yang muda antara 30 an lagi? Kalau aku, mana mugkin aku mampu, aku tahu diri aku tak sekuat dia. Dalam sendu tangisan aku teringat sesuatu " Allah akan beri dugaan berdasarkan kemampuan seseorang itu"

Ingat, setiap dugaan sera ujian Allah yang hadir kepada kita, Allah akan sertakan pahala apabila kita bersabar dan tabah menempuh dugaan serta ujian tersebut.

Kita doakan supaya arwah di tempatkan bersama orang yang beriman... Juga kita doakan Isteri serta anak2 arwah tabah menghadapi dugaan ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bride To Be - Persiapan

Assalamualikum, Maaf lah lama betul tak update blog,, macam-macam yang jadi for the past few days sampai aku perlu masa yang banyak untuk rehatkan otak. Ditambah pulak dengan due date hantar research yang tak lama lagi. Tapi tak apa,, sebab alhamdulilah, aku almost siap dengan research tu. Doakan aku dapat grad degree pada masa yang ditetapkan ya.. harap sangat.. Seperti yang dijanjikan, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal few persiapan yang aku dah buat untuk tunang dulu. Biasa lah,, mula2 cakap nak buat simple mimpel je.. tapi end up rasa mcm mega jugak. Untuk yang nak bertunang atau nak kahwin,, yang paling pening adalah baju dan hantaran. Itu adalah keutamaan yang buat aku pening nak fikir. Tapi mak selalu ckp,, "tak apa,, kita get ready awal,, nanti tak rushing" 1. Baju dan Tudung. So rasanya bila dah tetap tarikh bertunang tu,, aku dan mak mula misi pencarian baju dulu... sebab aku tak tetapkan tema apa2.. rasa mcm otak kosong bila orang tanya pasal tema...

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen...

Photoshoot, for photo com.

pelakon, azzri and nadirah cameramen, and camerawomen  cik abang sayang, tgh fikir nak guna angle yang mana sleeper kuning.  barisan pelakon: azri, nadirah, hafizie cinta tiga segi muka penat. second day. there are something through their eyes Aku tak akan share kan kat sini pasal jalan cerita storyboard aku,, bagi mengelakan hal2 yang tidak diingini berlaku.. photoshoot dah selesai,, harap2 editing dapat berjalan dgn lancar. jutaan terima kasih pada semua pihak yang membantu * para pelakon *keluarga aku,, ccik abang sayang, azri, nadirah, dan hafizie. * dan semua yang terlibat dalamm menjayakan storyboard ini.