Skip to main content

Good Bye Semseter 4

Asslamualikum semua...

Ya Allah,,, lama gila tak update blog ni. Bukan busy,, sebab terlalu enjoy sgt suti ni,, sampai malas nak buat satu benda pun.

Apa-apa pun selamat hari raya, maaf zahir batin. Ya lah, blog aku ni selalunya kontrovesi sikit. Jadi aku nak amik peluang untuk mintak maaf kalau ada mana2 entry yang menyinggung perasaan mana2 pihak. Maaf banyak2. Honestly aku x da niat utk kata pada sapa2, tapi cuma jadikn kisah2 yang jadi depan mata aku sebagai pengajaran semata. Maaf ya..

Baiklah, punya sibuk cuti dengan bulan Ramadhan dan persiapan Rayanya aku sampai lupa yang almost 1 bulan aku dah bercuti kat penang ni. So bila di congak2 aku cma ada masa lebih kurang 1 bulan saja lagi. Kena lah manikmati setiap detik cuti tu dengan penuh keinsafan.

Sebab nanti bila dah masuk semester baru ni memang tak de nafas dibuatnya. Alhamdulilah, dan insyaAllah selesai sudah semester 4 aku di Shah Alam. So tinggal lagi 2 semseter. sem depan di Shah Alam, sem akan datang aku akan buat internship.

Lepas tu insyaAllah,, selesai as degree student. Errr.. jauh sgt tu aku pergi.. cerita tahun depan.. lain entry kita story ya.. ni nak share pasa cerita semester 4 ni ha.

Selama aku belajar dari diploma sampai sekarang, sem 4 yg ini lah paling kejam sekali. Kiraya tahap kau akan termimpi2 assignment semua.

Tak pasti samaada memang sem ni susah sebab subjectnya ke, lecturer ke, environment ke atau aku sendiri. Semester yang penuh dengan air mata, sehari sebelum first class start,, rumah sewa aku dah banjir dengan air mata aku.

Teruk dia sampai aku akan menangis sambil drive balik kelas, tu memang selalu,.. expecially hari Jumaat.. sedih tak boleh belah betul.

Strees buat assignment yang berjuta2,, then semua assignment kena hantar hari yang sama. Menangis lagi.. Sem yang aku tak tido langsung, sem yang makan pun tak tentu, kadang makan, kadang tak.

Kadang sedar2 dua hari tak makan nasi. ya.. nampak pelik,, dan korang dengar pun mcm tak logik kan.. tapi tu lah hakikatnya.

Sem yang paling berani. Aku selalu drive pagi2 buta balik rumah dari library, boleh kata tiap2 hari dalam masa 2 bulan lah, aku dgn kawan aku kehulu kehilir ke library tu.

Tapi syukur Alhamdulilah,, aku ada housmate yang baik, dan classmate yang baik. Masing2 cover antara satu sama lain, tu yang seronok. sebabnya walau strees mcm mana kami tetap happy masa buat kerja..

InsyaAllah,, sem 5 ini tak lah busy sgt kot, harap2 ada lah masa sikit,, dah tak larat nak terkejar2 sana sini buat assignment. Harap2 jugak lecture sem depan ni semua baik hati,, x sekejam lecturer semseter ni.. huuuuu.. x sanggup lagi dahhh


So pada sapa2 yang tgh further study atau ada niat nak further study,, jangan takut. Satu saja yang aku percaya masa aku teruk sem lepas. Allah akan tolong kita. Banyakkan berdoa pada Dia, minta Dia permudah kan segala urusan kita, InsyaAllah.. semuanya akan ok. Yang pasti,, busy mcm mana sekali pun, make sure,, hubungan dengan Allah kena jaga. 



 Happy Study Ya! From

Final Year Student

Comments

Popular posts from this blog

Bride To Be - Persiapan

Assalamualikum, Maaf lah lama betul tak update blog,, macam-macam yang jadi for the past few days sampai aku perlu masa yang banyak untuk rehatkan otak. Ditambah pulak dengan due date hantar research yang tak lama lagi. Tapi tak apa,, sebab alhamdulilah, aku almost siap dengan research tu. Doakan aku dapat grad degree pada masa yang ditetapkan ya.. harap sangat.. Seperti yang dijanjikan, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal few persiapan yang aku dah buat untuk tunang dulu. Biasa lah,, mula2 cakap nak buat simple mimpel je.. tapi end up rasa mcm mega jugak. Untuk yang nak bertunang atau nak kahwin,, yang paling pening adalah baju dan hantaran. Itu adalah keutamaan yang buat aku pening nak fikir. Tapi mak selalu ckp,, "tak apa,, kita get ready awal,, nanti tak rushing" 1. Baju dan Tudung. So rasanya bila dah tetap tarikh bertunang tu,, aku dan mak mula misi pencarian baju dulu... sebab aku tak tetapkan tema apa2.. rasa mcm otak kosong bila orang tanya pasal tema...

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen...

Photoshoot, for photo com.

pelakon, azzri and nadirah cameramen, and camerawomen  cik abang sayang, tgh fikir nak guna angle yang mana sleeper kuning.  barisan pelakon: azri, nadirah, hafizie cinta tiga segi muka penat. second day. there are something through their eyes Aku tak akan share kan kat sini pasal jalan cerita storyboard aku,, bagi mengelakan hal2 yang tidak diingini berlaku.. photoshoot dah selesai,, harap2 editing dapat berjalan dgn lancar. jutaan terima kasih pada semua pihak yang membantu * para pelakon *keluarga aku,, ccik abang sayang, azri, nadirah, dan hafizie. * dan semua yang terlibat dalamm menjayakan storyboard ini.