Skip to main content

Dari Melati Ke PKNS


Assalamualikum

Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua. 

Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!!

Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean. 

Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!! 

Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat. 

Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 orang je satu bilik, so!!! aku mula2 tak kisah lah nak duduk dgn sapa pun sebab mmg jenis yang tak kisah hal orang. tiba2 ada satu hari ni, sorang mak tiri yang keji lagi bengis call aku, ajak duduk sekali. so aku on je lah memandangkan kami mmg satu bilik masa di Tun Puteri dulu. 



ok ni kawasan kak long eh! seronok sebab dapat bilik cantik dengan view yang menarik. lagi best bila ada meja study sendiri, katil yang cantik.. masa mula2 masuk,, aku dah boleh bayang nak hias bilik mcm ala2 vintage wahhhhhh

ni pulak Zee kat tempat dia


Ni sedih sikit lah, sebab almari dia kecik sangat. Orang perempuan ni faham2 lah kan, almari sebesar alam pun dirasa kecik gila.. mmg ni kecik sgt tau korang. So kena pandai susun baju lah.. abru muat satu almari ni. 


Nampak tak rak comel tu, kami dapat setiap sorang satu. Aku happy sangat kot masa tu, sebab kelengkapan kat situ mmg cukup untuk aku. lengkap lah dan selesa sebab besar. 


Ni lah no bilik kami, tingkat 7 bilik o 18. Jgn tanya aku ada berapa bilik 1 tingkat, aku tak pasti sebab banyak sangat. yang best nya sebab kolej kami ada lift, so tak terasa sgt lah kalau dapat tingkat tinggi. Tak silap ada 18 tingkat untuk kolej melati ni. 


Kalau yang follow aku di facebook, semua dah tengok lah gambar ni, ni lah rupanya katil bila dah ada cadar semua.. yuhoooo!!! paling best tido malam2 sebab sejuk area ni. Well korang kena jelas dalam soal ni ok,, aku bukan lah jenis yang kemas memanjang,, ada hari aku lebih serabut dari apa yg korang fikirkan. Hahah... zee dah cukup faham dengan perangai aku. 


Meja study,, actually jarang study sini, selalu atas lantai je.. serabut kan? 


benda penting dalam dunia,,, stok makanan!


ni pulak view dari tingkap bilik aku.. nice ha.. boleh tgk orang berebut parking!


see,, nampak baik kan? kami hari2 gaduh actually.. note ya,, zee dah pakai tudung sekarang, 



ni pulak farvet part aku, lambu bulat2, lampu ni aku letak kat katil sebab kalau malam bila tutup lampu bilik kami mmg gelap gila, so malam2 kami akan pasang lampu tidur masing. Kebetulan aku ada dua set lampu ni, so satu aku letak kat katil aku, satu lagi untk katil zee.. sayangnya tak sempat nak amk gambar. Tapi serious cantik lah bilik kami masa tu. 


Igt tak taddy ni, Cik Abang Sayang bagi masa aku konvo dulu, aku bawak sekali ke Melati. 




Kalau ada benda biru tu, bukan nak tampal notes ke apa, aku lebih pilih nak tampal gambar mak dan kak ina. Nice rite? 


Ni masa serabut final exam, dia punya serabut aku igt lagi,, aku x balik study week,, duduk kolej study sampai tengah malam. tapi tak nice jugak pointer.,

So sapa yang tahu procedure kalau duduk kolej mesti akan faham mcm mana rumitnya nak apply kolej untuk semseter akan datang. Memandangkan aku tak join mana2 event kolej, aku dan zee buat keputusan untuk duduk luar kolej semester seterusnya. 

So cari lah rumah bagai nak gila... akhirnya jumpa Flat PKNS kat seksyen 7 belakang Jakel tu ha... dengan sewa RM780 sebulan.. murah lah,, kalau nak ikutkan ada average sewa rumah kat area tu RM1,500 tau!.  

Rasa mcm jatuh miskin bila dari kondo mewah ke flat yg rata2nya pekerja asing.. so inilah tempat tido yang paling daif sekali.. huhu sedih gila.. kalau hujan lebat,, basah lah tilam2 aku tu.. 


ni pulak almari aku.. lagi sedih kan.. rasa mcm bibik je... 


Sapa yang duduk kat area ni akan faham mcm mana teruknya masalah parking kat sini,, ni lah akibatnya tiap2 pagi kena mengadap tolah kereta orang blocking rahul aku yg hensem!



dua semester duduk sini ok lah,, seronok jugak, sebab aku suka rumah yang kecik senang nak kemas rumah, yang sedihnya sebab rumah kami kat tingkat 4, Hari2 memang naik turun tangga je. And yes,, aku masih duduk dengan Zee satu bilik ok,, 1 rumah kami masukan 6 orang, so dua org 1 bilik.. aku biling yang sederhana... comel2 je utk aku dan Zee


Sebab bilik kecik, jadi aku punya meja study letak kat hall, tpi yang bestnya warna pink... hehe.. meja kecik,, cukup lah kalau nak buat assignment, dan study tu.. selesa lah jugak dari duduk atas lantai








Sebab kat area rumah tu ada terlalu banyak blok, jadi setiap blok akan hias blok masing.. ni antara garden yang aku suka.. cantik kan? 




Dua semester duduk kat rumah ni,, rasanya ada lah 3 kali Rahul punya peluang untuk duduk bawah bumbung.. kalau tak selalu ket tepi tong sampang pun boleh! nampak Rahul tak??


Walaupun korang ada rumah yang esar dan selesa,, tapi rumah masa jadi sudent lah paling best sebab semua kau punya dan kau ada hak untuk kemas atau tak rumah tu.. nak sepah mcm mana pun,, tak terurus mcm mana pun.. tak apa.. kau akan tetap happy.. 


Yang mana tgh duduk kat asrama atau rumah sewa tu,, enjoy lah life korang ya... nnti bila balik rumah sendiri,, kau akan rasa sedih sgt! 

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me