Assalamualikum semua.
Maaflah lambat betul share gambar tunang kat sini, bukan busy.. amik masa sikit sebab banyak benda lain yang ken abuat.. nak update blog ni kena ada masa yang betul2 lapang.. baru boleh dapat mood untuk tulis..
Untuk entry kali ni,, aku nak korang enjoy lah gambar2 yang ada..
Rasanya semua perempuan akan ada dreamdays apps ni kat smartphone korang kan.. so bila dapat notifications tu rasa mcm nak runtuh rumah punya menjerit.. yang lawak tu,.. masa tgh busy aku sempat lagi nak buat screenshot.. wei.. simpan sampai mati kot benda ni. Kenangan ni.
Sebelum apa2, ni 12 dulang hantaran yang dah siap di gubah,, tgh tggu turn nak letak barang atas dia saja.. walau x sencantik mana, tapi rasa puas hati sebab buat sendiri. seriously.
Ni lepas habis makeup, tgh tggu green light nak turun bawah, antara meaningful picture during that day, aku dengan dua anak dara. Yang bestnya mak kasi green light untuk beli baju sama kat dua budak comel ni. Sebab geng2 lelaki ada baju yang sama, so nak kasi girl2 pun ada baju sama lah gitu..
sebab apa meaningful? sebab start dari diaorang bangun pagi hari aku tunang tu sampai lah selesai majlis,,, budak berdua ni duduk bekepit dengan aku saja, sikit pun tak berganjak.. orang kata memang truly bridesmaid lah,,
Sorang pegangkan spek maksu, sorang lagi pegangkan tisu, bawak air. Kalau aku jalan, yang kecik molek tu akan pegangkan baju yang meleret2. Ya Allah, sungguh aku tak bg apa2 briefing tugas budak2 ni. elok saja diaorg tolong.
Kat bawah ni antara gambar2 masa rombongan pihak lelaki sampai..
Adik Aizat |
Ayah Aziat |
Tok Aizat |
Mak Aizat |
Aipppp,,, gila arr kalau Aizat x datang kan? hahah masa discussion ni Aizat tunggu kat luar rumah
Ni pulak masa nak turun ke bawah, wei time ni rasa mcm nak lari rumah keluar ikut tingkap je.. nervous dia tu mak ai,, tak tahu nak habaq mcm mana. Lutut rasa lembut gila, nak jalan pun rasa tak boleh.. tapi control lah, gila tak control.. pakai cantik2 kot.
Mak Aizat, sarungkan cincin. Wei, aku dah lah malu2 kucing dengan mak dia,, nak sarung cincin pun aku rasa mcm nak terkeluar jantung ni ha. Tu yang muka aku mcm kambing tu.. hak hak hak hak.. Sorry makcik.. saya ni pemalu orangnya..
Ok, untuk yang masih tak faham suap gula tu mcm mana,, ini dia.. just suap gula. gitu je... Nampak tak bekas suap kat lutut aku tu... ha,,, tu pun buat sendiri tau.. saja suka2..
Pastu aku tak bagi mak tanggalkan bunga2 kat bekas tu.. nak simpan.. nanti nak bawak bila dah ada rumah sendiri,, buat bekas letak kunci ke... apa2 je lah... hahahah...kelakar lah aku ni,, cerita bertahun lagi tau..
Untuk gambar ni, aku rasa sangat lain sebab pegang bunga kot, saja je berangan nak pegang bunga masa tunang, tapi bila tgh gambar balik aku rasa sememangnya diri aku tak layak untuk pegang bunga. Rasa berlakon sangat, and aku rasa mcm ni bukan diri aku.
Jadinya, untuk kahwin nanti aku x akan pegang bunga,, sememangnya buruk. Ni antara gambar yang aku tak sanggup tengok,, sebab aku memang geli tang pegang bunga tu.. Oh Myyyyy!!!
Jujur ya, aku bukan mcm orang lain yang berkawan dengan mana lelaki,, sampai tak amk gambar sekali, sampai bila jumpa masing2 malu2 dan control. Aku dan Aizat sama mcm typical couple yg lain,, or maybe lebih teruk dari tu.
Kami jenis yang just be yourself, kalau rasa nak naik angin,, just go on, kalau rasa nak gelak, gelak je.. dalam relationship, mcm ni lah.. tak payah nak control bagai.
Tapi satu benda yang kami tak buat mcm typical couple lain buat,, amik gambar sama2. Well memang lah kami ada amk gambar sama2 tapi lepas amik, selalunya kami akn tegok.. gelak2.. then terus delete atau pun biar gitu je.. tak akan tunjuk kat orang. hahahah malu!
Kalau gambar yang mcm keluarga bahagia ni lagi lah kami tak pernah amk, selalu amk mesti sorang mata terbeliak, sorang lidah terkeluar.. sebab tu kebanyakan gambar memang bukan untuk tontonan umum.. sebab memang buruk,.. even gambar kat atas ni pun buruk..
Sesungguhnya ini bukan kami,, hahah.. belakon je sebab ramai org kat depan tu.. hahah.. ini adalah sejenis gambar yang dipaksa anak2 nakal untuk duduk diam.
Ok, untuk baju aku,, sila close up sikit... nampak tak ada sentuhan majis manik2 kuning tu,,, ha,, itu tak lain tak bukan memang kerja mak aku..
Sepupu yang banyak bantu,, jadi penasohat dari segala segi, Alhamdulilah... Thank you untuk bantal yang super cute tu,, Nanti bila dah kahwin,, bantal ni mesti jadi bantal busuk Aizat.. hahah..
Aku namakan gambar ni angel harian metro.. hahahaahah
kat bawah ni pulak, few hantaran dari pihak aku ke pihak lelaki.
Rasanya itu saja lah kot entry pasal bertunang ni. Tapi kalau ada yang nak tanya apa2,, fell free to do so ya.. boleh comment kat bawah ni,, kalau rasa malu nak comment boleh email ke email aku saja. Simple. And untuk sapa2 yg tgh cari baju yang simple hantaran ke,, nak jimat cost pun boleh ye.. semua boleh nego jgn risau.
InsyaAllah next entry kita cerita panjang lebar pasal kursus kahwin pulak.. ha gitu lah..
Your Truly Bride To Be
xoxo
Assalam, nk tanya, hantaran yg pihak perempuan bg kpd pihak lelaki letak kt mana ye? Sbb tgk atas kain putih tu yg lelaki je kan, ke boleh letak sekali atas tu?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, maaf ya baru nampak ada comment. soooo sorry for late reply ya dear. Actually hantaran sebelah pihak perempuan kiraorg simpan kat belakang dulu, bila selesai majlis suap gula, baru kita bawa hantaran sebelah perempuan ke luar anda letak sekali kat sebelah hantaran pihak lelaki. :) sekali lagi maaf sangat sebabt lambat reply.
Delete