Skip to main content

Bride To Be- Kad Jemputan #menjelangjanuari

Assalamualikum gaisss

Sooo sorry sebab dah lama tak update blog, rasanya mesti ramai sangat yang dah lupa dengan janji aku kan... sooo sorry ya. aku terlalu busy.

Hutang nak share pasal details kahwin ni memang berjanggut, tapi aku akan gagah kan juga untuk cerita satu persatu. paling detail yang aku mampu.

Actually niat yang mula2 nak share semua kat dalam blog ni sebab aku takut setiap satu detail hilang, sebab tu aku nak documentkan dalam blog ni. At the same time aku nak share lah mana-mana patut kat korang semua mana tau berguna kan. Tak salah nak share ilmu ni... acehhhh

As promise, entry kali ni aku nak share pasal kad jemputan majlis aku. knowing aku ni memang tersangatlah cerewet. so bertabah lah sesiapa sahaja yang berurusan dengan aku. Untuk design ni mula-mula aku memang nak buat sendiri, tapi aku tak lah power sangat design-design ni walaupun dah belajar dulu, sooo nak memudahkan keadaan dan menjimatkan masa, aku kenyit mata dengan graphic designer kat Mydin, sooo aku hire dia ja untuk uruskan untuk aku.

Dari design sampailahhhh print, yang aku nak semau siap on time. yesss semua kena ikut plan dan gantt chart yang aku dah rangka seawal 1 tahun sebelum majlis.

Aku cuma provide wording pada dia, aku tulis detail sedetail-detailnya kat microsoft word, and email dia sekali dengan reference yang aku nak. Temanya ala-ala floral gituuu. Kalau semua follow #menjelangjanuari aku, korang mesti tahu yang aku majlis aku sekali dengan kakak aku kan.

So far tak ada masaalah langsung kahwin dua engantin ni sebab mostly kakak aku memang kasi aku decide semua benda, aku tak perlu bincang dengan dia pun. So yeahhhh aku buat apa yang aku suka, apa yang aku nak, simple!


FIRST DRAFT: So ini first draft, ada banyak spelling error, soo aku mintak dia betulkan here and there, at first aku memang tak suka dengan design keseluruhan kad kahwin ni. Stage ni aku pujuk dia untuk study apa yang aku nak, dengan harapan dia faham. Bukan senang ya, sebab aku particular sikit.  


SECOND DRAFT: ini pun aku tak suka, ayat yang dia guna semua lah.. sabar dan bawa bersabar. Masa ni aku fikir, banyak lagi masa untuk aku asah budak ni ikut spec yang aku nak.. too many colours dan sepah sangat. 


Sampai aku zoom gambar bunga yang aku tak suka, hahaha.. siap au cakap aku nak dia tukar gambar bunga ni aku tak suka colour mcm ni, mata aku tak boleh terima. Stage ni family aku dah kata on, tapi aku yang still rasa owhhh this is not the one yang aku nak dan yang aku banyangkan... sooo bertabah lahhh wahai designer upahan.



Lepas aku asah2 bakat dia, dan wording dia.. designer aku kasi aku dua lagi design untuk aku pilih,, and untuk stage ni aku dah tahu yang aku dah jumpa "the one". not exactly yang aku nak, but almost there.. Ya Allah,... mencabarnyaaaa.. hahahahah



Soo, aku pilih design ni, nampak fresh, clean, simple. kannn by the way, ini design 2 tahun lepas tau,, time tu trend lebih kurang mcm ni, sekarang aku tak tahu lah trend apa.. aku nak p tgk trend kad kahwin nak buat apa lagi kan... dah kahwin dahhh.. hahaha

Sebelum dia hantar print, dia dah tujuk aku, aku pun dah check mana-mana yang patut. in fact dah hantar kat family aku dah final draft dia untuk semua tgk. Semua kasi green light, and aku ckp lah untuk dia proceed.

Rasanya dalam few days lepas tu, siap lah kad kahwin aku,,, rasanya aku buat 500 copy kot. Dia bagi kat office masa tu, so kawan-kawan office pun tengok lah,, ehhhh baru ada yang perasan hari salah. Aku kahwin hari sabtu, tapi kat kad hari ahad. huuuuuu

Masa tu aku memang nak dia reprint balik, aku tak salahkan designer sebab dia dah mintak aku check sebelum print. Salah aku lah kannn.. tu lah cerewet lagi, dok kalut design, sampai lupa nak teleti kat wording, hayaaaaa!

Sebb aku takut family aku marah, aku memang decide untuk reprint. Tapi kawan-kawan office aku ckp tak payah print. Membazir je, lagi pun kad ni untuk jemputan, setakat hari je yang salah, yang lain dah ok. So diaorg kasi solution untuk aku, tampal sticker untuk ubah hari tu.

Time tu aku memang dah down so aku iyaaa kan je apa cadangan orang, nasib yang bagi cadangan pun membantu menjimat kan duit aku. So designer aku printkan hari yang betul yang warna hitam tu, dan tampal je pakai double sided tape.



So ini hasilnya bila dah ditampal dengan sticker hitam, so nampak mcm boarder untuk date dan day tu kan. tak ada sapa pun yang perasan. Jimat kos aku sebab sticker diy ni print kat office je.

Yang lagi buat aku puas hati sebab lepas seminggu ke dua minggu lepas majlis aku balik kampung aku sendiri tengok kad kahwin aku ni dah ada dalam tong sampah rumah pak cik aku... hahahaha.. seee mana ada org nak simpan kad kahwin. Nasib tak reprint hahahaa.

So untuk cost kad kahwin ni aku buat ritu dalam RM400 untuk 500 copy kad 1 keping dan envelope. Pastu aku ada mintak dia printkan few muka depan ni dengan few size. Harga termasuk RM400 tu. Tak tahu lah murah ke tak, kalau mahal sekali pun aku tak kisah, upah kesabaran dia sebab aku cerewet nak mati.. hahahaha

Untuk next enrty aku tak plan lagi nak share apa, kena tgk balik, lepas aku buat kad kahwin ni aku buat apa... hahahaha.. rasa nya resign kat MYDIN kot.. yes it is part of #menjelangjanuari juga.

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me