Skip to main content

Kehilangan Besar

Assalammualikum semua

Mesti pelik kan, kenapa tajuk entry kali ni agak sedih,, dan mesti ramai yg tunggu entry aku cerita pasal kerja aku. Yang pasal kerja tu, kita sembang2 next entry ya. Utk entry kali ni aku nak share sebuah kehilangan yang sangat besar khususnya buat aku,, dan keluarga besar kami.

26 bulan 6 yg lepas, aku sudah pun berada di rumah abang aku di shah alam. Lebih kurang lepas asar, kami terima panggilan daripada Ish (adik arwah bapak). Ish ckp Mamak Ya admitted di Hospital dan dia kritikal. Mamak Ya ni adik bapak jugak. Acctually Bapak ada 5 siblings. Yg sulong Mak Chaq,, Arwah Bapak, Arwah Mamu En, Mamak Ya dan Ish. So basically, selepas bapak meninggal pada tahun 2000, Mamu meninggal pada tahun 2006,, Mamak Ya lah satu2 nya uncle yg ak ada utk sblh bapak.

So malam tu jugak kami bertolak balik Penang. Mamak Ya tak sedarkan diri di dalam ICU, kondusi agak lemah sebenarnya. Doctor sendiri tak pasti apa penyebab Mamak Ya jadi mcm tu, yg pasti jantung Mamak Ya sgt lemah,, walaupun meningkat, tapi sgt slow. Second day pun sama saja keadaan Mamak Ya, Hanya doa sahaja yg mampu aku bantu. Yang paling sedih bila hari Jumaat aku ziarah dia. Seriously muka Mamak Ya sama mcm Arwah Bapak. Mmg tak boleh tgk lama2 sebab aku sgt sebak masa tu. Keadaan pun sama, tak sedar, doctor ckp Mamak Ya tidor. Nak bg dia berehat katanya. Jadi depa tidur kan dia,, sepatutnya Mamak Ya akan sedar pd hari Jumaat. But there is no respon. Sama saja dari day 1. Hari Sabtu pulak aku dah tak boleh ziarah Mamak Ya sebab aku dah kena bertolak ke Selangor sebb aku akan start kerja hari Selasa.

Jumaat malam baru sampai rumah,, aku baru lah nak start packing barang2 aku semua,, drag sampai pukul 2 pagi. Sabtu pagi dah nak bertolak ke rumah abang. Mcm aku ckp lah, di enrty yg lepas, bulan 6 adalah bulan yang paling sibuk utk kami sekeluarga,,, ke sana, ke sini . Sibuk betul,,

Dalam pukul 6 pagi, aku terjaga, sebab dgr mak ckp phone. Terkejut jugak pagi2 lagi dah ada org call. Mesti penting. Lepas mak on the phone, mak bg tahu aku yg Zaidi (ank paksu, sepupu aku di sebelah mak) meninggal. Aku sgt terkejut masa tu. Arwah kemalangan masa dia balik dari kerja, ada org langgar lari. Arwah baru saja habis SPM dan nak masuk Giat Mara tak lama lagi. seluruh family sgt terkejut. Masa di rumah Paksu sementara tunggu masa kebumi pada pukul 11. Aku terfikir sesuatu, Ini adalah amaran daripada Allah. Amaran yg menyatakan hanya DIA yg maha berkuasa,, dan Dia juga yg menentukan sesuatu perkara. Arwah Zaidi ni adalah antara sepupu yg paling periang yg kami ada.. kalau berkumpul kat Kulim, dia mesti tak lekang dgn senyuman,, gelak tawa dia tu boleh buat semua org rindu. Aku tak lah rapat sgt dgn dia, tapi aku tetap terkesan dgn kehilangan dia. Bagi aku, sepupu ni mcm adik beradik aku. Sapa tak sedih kalau adik dia meninggal kan?. Aku teringat sesuatu masa hantar jenazah ke kubur, utk Zaidi, ini jalan dia iaitu meninggal pada subuh sabtu, segalanya berjalan dgn lancar. Tapi mcm mana utk aku? Cara mcm mana Allah nk tarik nyawa aku? Mati itu pasti, tapi cara bagimana, hanya Allah sahaja yg tahu.

Lepas selesai kebumi di Taiping, aku dan Mak terus ke rumah abg aku. Rasanya dah petang jugak lah bertolak, sampai rumah abang aku dalam Isyak.

Malam Sabtu tu jugak Ish call dan bg tahu Mamak Ya semakin kritikal. Oxygen dah tak ke otak. Ada bahagian pada otak yang dah mati. Sapa tak terkejut bila menerima khabar mcm ni kan? Apa yg aku jangkakan, Mamak Ya akn pulih seperti selalu. Tapi bila ada sebahagian pada otak yg sudah mati, aku kira peluang utk pulih amat tipis. Aku cuma takut utk terima apa2 berita daripada Ish. Sgt takut

Hari Rabu sekali lagi Ish call, Ish ckp otak Mamak Ya dah mati sepenuhnya. Doctor dah nak tutup life support pada Mamak Ya. Maknanya??? Aku masih berdoa agar ada keajaiban yg berlaku. Masa tu aku cuma tenangkan hati aku, pujuk jiwa aku. Aku pasti Mamak Ya kuat!. Mak kata, Doctor nak tutup life support lepas Maghrib. Setiap jam menuju senja, jantung aku berdegup kencang, lebih pantas dari jarum jam. Aku sgt takut utk bayangkan apa yg akan berlaku dalam masa hanya beberapa jam sahaja lagi.

Lebih kurang 9.30 Malam, Abang bagi tahu yg Mamak Ya dah meninggal pukul 9.20 malam, dan jenazah akan di bawa ke rumah tok di Kampung Dodoi. Lebih kurang pukul 11 malam, kami bertolak balik ke Penang. Alhamdulilah, kami sampai pukul 5 pagi di rumah aku. Kami decide lepas subuh baru bertolak ke Island. Jenazah akan di kebumikan pada pukul 11 pagi Khamis.

Bila sampai di rumah tok, tengok jasad Mamak Ya, aku jadi sedih, aku sudah hilang seorang uncle yang sgt baik dan ambik berat. Tenung kali ke 2,, aku tersedar yang muka Arwah Mamak Ya mirip Arwah bapak. Sgt sama, aku jadi terkedu, cuba utk tahan air mata..niat dihati aku nak kucup dahi Mamak Ya, tapi aku benar2 tak mampu. Dada menjadi ketat, susah utk aku bernafas.. Tapi aku cuba utk kuatkan diri.

MamakYa ada 5 org anak, semua dah besar,, paling muda pun kalau tak silap aku sudah 20 tahun. Umur Mamak Ya 63 tahun. Selepas Bapak meninggal Mamak Ya lah yg paling banyak ambik berat pasal aku dan kak ina. Kalau jumpa dia, mesti Arwah bg duit. Tambah rapat bila aku dan Kak ina masing2 sambung belajar. Dia selalu tanya mcm mana belajar?,, buku mcm mana? Nanti nak kerja apa? Result ok ke tak,? Walaupun Bapak dah 13 tahun meninggal, tapi dgn adanya Mamak Ya, dia buat kami rasa yg kami masih ada bapak.

Jadi bila Mamak Ya meninggal, rasanya seakan kehilangan bapak buat kali ke 2, perasaan pada 13 tahun yg lepas,, aku rasai waktu jenazah di kebumikan. Kehilangan yg teramat sgt. Seorang lgi yg terkesan selain aku, kak ina, dan kakak adalah Naseha. Naseha ni sepupu aku, anak Ish, Mamak Ya selalu sakat Naseha. Naseha pulak selalu marah2. Umur Naseha ni baru 16 tahun. Membesar di depan mata Mamak Ya. Walaupun Naseha ni cuma anak sedara Mamak Ya, sama seperti aku, tapi dia dapat keistimewaan panggil Mamak Ya "Bapak" Special kan. So masa jenazah dikafankan aku perasan Naseha juga tak mampu menahan tangisan sehingga tersedu. Yg pasti status FB Naseha di bawah ni sebenarnya khas utk Mamak Ya.

"Maybe I dont have a father to wish..but,,i still have my sweet uncles to wish..HAPPY FATHER'S DAY!!♥" 

Dengan kehilangan besar dua org paling rapat dalam hidup aku, membuatkan aku bersyukur pada Allah,, atas dugaan yg Dia beri. Secara tidak langsung,, kehilangan ini menjadi satu titik tolak untuk memulakan hidup yg baru dengan penuh keinsafan khasnya buat aku dan kedua keluarga besar aku di sebelah Mak, dan di sebelah Bapak. Seperti yg aku selalu katakan yang Mati tu mmg pasti. Yang hidup harus teruskan hidup. Dalam masa satu bulan aku sudah kehilangan seorang yg periang, dan kehilangan seorang yg selalu ambil berat dan bertanggungjawab terhadap aku.

His command is only when He intends a thing that He says to it, "Be," and it is.

Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan org yg beriman.
 -Al Fathihah-

Comments

  1. Banyak2 bersabar and redha dengan ujian allah berikan kerna allah sngat2 syg pd kita..sbb tu berlaku ujian yg besar ni..

    ReplyDelete
  2. thanks sebab awak sudi baca blog saya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Deactivated Facebook

Assalamualikum Untuk yang perasan,, aku dah deactivate account facebook aku,.. yeahhh.. for good. Sebabnya, aku nak luangkan masa sepenuhnya dengan family. Alah,,, memang lah tak perlu sampai deativate account, tapi tak apa lah.. bair saja.. rasanya lebih selesa macam ni, selalu kalau kat Shah Alam, bangun je pagi akan amik phone dan terus bukak emua account social media yang aku ada, scroll satu2. Kadang2 aku rasa mcm, daj jadi kewajipan pulak nak kena selalu bukak FB terutamanya. Sampai terbawak2 bila kat Penang, sembang dengan Mak, tapi tangan pegang HP, mata kat HP,, tapi bercakap dengan Mak ni. Aku sendiri rimas, even kalau anak2 byah aku pun macam tu, topic yang selalu bualkan adalah yang berkaitan HP, status kat FB, dan sebagainya. Aku sendiri bukan jenis yang macam tu, lebih selesa komunikasi 4 mata dari alam maya. So aku sengaja deactivate. Kalau dulu balik Penang, aku akan biar hp aku dalam mute. Sengaja tak nak di ganggu. tapi sekarang langkah yang lebih berani, deac