Skip to main content

Bride To Be - Tetap Tarikh

Assalamualikum.

Seperti yang dijanjikan,, entry kali ni aku cita pasal penetapan tarikh antara family dia dan aku. Lepas dari merisik tu, aku dan dia teruskan hidup mcm biasa. Tak ada nak sweet-sweet balik macam dulu2.

Aku mintak untuk tak bercakap pasal kahwin lagi selama aku belajar, cukup lah dengan pressure belajar dan stress buat assignment, aku tak sanggup nak tambah lagi satu stress. Dia hormat keputusan aku, family dia jugak mcm tu, faham dan beri ruang untuk aku habiskan study dulu.

Bila dah hujung2 semester 5, nak masuk semester 6 yang cuma practical dan buat academic writing saja, dia mula bagi hint2 untuk kami mula bercakap pasal kahwin. Bila sembang2 dengan dia pasal rancangan aku untuk practical semua.. dia akn tanya "saya rasa kita dah boleh sambung balik kot cerita yang tergantung dulu.. " (dengan muka sinis bercampur happy)

Aku pulak,, "errr" (buat2 tak faham). Bukan apa tau korang, bila korang ada ditempat aku, korang akan faham.. seronok cakap pasal kahwin, berangan pasal kahwin.. tapi kisah yang lepas kahwin tu rasa tak sedia lagi. Banyak lagi persediaan yang aku kena buat.

Bila dah habiskan umur aku untuk belajar... sampai 23 tahun,, rasa dah terlalu lambat untuk kumpul duit.. beli aset. (weiii main2 aku pun aku fikir masa depan ok!).. Aku ni baru bercadang nak kerja, kumpul duit bila habis belajar nanti.. lepas tu nak sambung Master (Amin). Tup... belum habis degree dah kena fikir pasal kahwin.. happy tu happy lah... gila tak happy.. tapi mcm emmmmmmmm... tak cepat sgt ke?

Sebab rasa yang terlalu takut dan mcm tak sedia lagi,, aku selalu bagi sejuta satu alasan dan cuba mengelak untuk bercakap pasal kahwin... Malas nak fikir weiii.. nebes kot .. Sampailah satu hari ni.. tak silap aku hari Jumaat , 27.2.2015.

Tiba dia call aku,, mintak aku temankan dia lunch, lepas dia selesai urusan dia.. So aku pun mcm owhhh ok.. teman makan je.. Actually kita org kalau jumpa mesti sebab makan je, tak ada urusan lain melainkan makan semata-mata.
Ni gambar masa aku temankan dia makan.. dia tgh bebel pasal student dia malas buat assignment.. 

Masa dia nak hantar aku balik, topik kahwin ni tiba terkeluar dari mulut dia,, betul2 depan pagar rumah aku..

Aizat: "Mcm ni lah awak, saya dah malas nak suruh awak fikir sebab awak selalu elak dan malas nak fikir pasal kahwin ni,, saya rasa mcm ni lah, (diam few second) awak masuk dalam, bagi tahu mak awak family saya nak datang bulan depan" (tenang,, setenang air kat Tasik Tun Fatimah)

Aku: (gelak,,,gelak,, gelak,,gelakkk) "Jangan main boleh,, saya tak suka,, ok bye" (sambil gelak,.. buka pintu kereta.. cabut lari)

Aizat: "ni,, tak ada benda yang lawak pun.. saya serious ni, bulan depan family saya datang, nanti ayah call mak awak.."

Aku masuk rumah.. senyum mcm anak kambing comel.. aku tak punya modal untuk cakap apa-apa. Diam and senyum saja.. endup.. aku bagi tahu mak dengan kakak. Well mak.. memang mcm tu saja feedback.. diam.. diam dan diam...

So lepas dari kejadian tu, kalau tak silap aku ayah dia ada call mak aku untuk confirmkan yang diaorang nak datang rumah sekali lagi.. bukan bertunang lagi lah.. kira mcm nak renew Merisik yang hari tu sekali dengan nak tetapkan tarikh untuk bertunang...

So Jumaat, 6.3.2015 Malam.. Family dia datang.. tu actually tak lah nervous sangat.. yang nervous tu sebab abang aku balik... tiba2 rasa its for real no main2 lagi dah.. Wali utama turun padang kot!. Dia cuma bawak Mak, Ayah dan Tok dia saja.

Buah dari family lelaki. 
Untuk discussion ni, memang kami tak ada racang untuk sedia bekas apa, sebab cuma nak tetap tarikh, tapi family dia bawak sebekas buah. So kami terima dengan hati terbuka saja.. very simple,, taknak complicated bagai...

Take note ya.. walaupun cuma simple discussion, tapi aku masih lagi duduk kat dapur, cuma keluar untuk hidangkan lauk sahaja.. lepas tu duduk dapur semula. Kalaupun suruh aku join perbincangn tu pun aku tak mau.. lebih pilih untuk duduk diam saja.. Malu. Rasanya Aizat pun diam saja.. biar family yang tentukan semua.

Cuma nya aku curi2 dengar lah apa yang diabualkan.. tak nak lah terlepas moment2 penting dalam hidup.. Ayah dia tanya.. nanti bertunang ada pantun tak.. mak aku jawab.. tak pasti lagi.. kalau mimi dah prepare kita ikut saja lah..(semua gelak)

Bagi aku, yang paling penting masa discussion ni,, just untuk kami di sebelah perempuan untuk request yang kami nak disuap gula. Ok cita dia mcm ni, ini based on apa yang mak aku cerita lah... Kalau bertunang dengan orang Penang.. kena suap gula kat pengantin perempuan. Ha gitu lah cerita dia..

Kalau lelaki tu orang Penang, masa kerumah pihak perempuan untuk bertunang dia kena bawak gula untuk disuap kat pengantin perempuan tu.. tapi selalunya keluarga wanita dari pihak lelaki saja yang suap, tak ramai pun,, dalam 5 ke 6 orang saja.

Kalau perempuan tu orang Penang, dia yang kena sediakan gula untuk disuapkan pada dia. faham tak? kalau tak faham boleh bukak youtube ya. kalau tak silap aku.. Orang Kelantan pun ada upacara mcm ni, tapi lain sikit. Upacara ni bukan ada apa pun.. just untuk pengantin perempuan berkenalan dengan family tunang dia, itu saja.

Hasil perbincangan kedua belah pihak diaorang setuju untuk upacara suap gula dan kami pilih untuk bertunang pada 9.5.2015, hari Sabtu, bekas hantaran masih belum ditetapkan lagi buat masa ni.

So itu saja kot untuk entry kali ni,, next entry kita cerita pasal preparation bertunang pulak ya..


xoxo
Your Truly Bride To Be

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me