Skip to main content

Please People

Assalamulaikum

wahhhh.. Bagaikan Puteri dah ada baju baru.. heee.. jumput masuk ye semua.. makan lah apa yg ada.. hahah.. ok.. over!

Well lama gila tak tukar baju dia,, actually aku tak reti sgt nak hias2 blog ni. Tapi hari tu tak, tiba-tiba terajin pulak nak tukar background kat belakang tu. Actually nak letak gambar baju pengantin.. tapi besar sgt size dia.. so dah banyak kali try, bila tukar gambar balloon ni boleh pulak.

So mcm tak rajin pulak aku nak tukar gambar yg elok sikit.. buat sementara ni pakai je lah background ni ye.. Aku bukan nya artis nak letak gambar sendiri, haaaa... idokkk lee.. Tak pa kan? yg penting isi dalam blog tu, bukan background dia..

InsyaAllah, bila jari2 ni rajin sikit, aku tukar lah ke background yg ala2 princess sikit. Sebab kita kan Princesses!!! (Angkat tangan letak kat bahu)

sekarag ni aku tgh busy study ja, Alhamdulilah, assignment semua dah siap. Mcm tak percaya lah pulak bila dapat siapkan assignment. Ohhhh.. mungkin masa buat assignment tu aku bertukar jadi robot tak. hahah... Sem ni aku amik 3 paper saja ke final exam. 2 paper minor, dan 1 paper wajib. 1 paper dah siap,, tgh tggu ketibaan paper ke 2 dan ke 3.

Alhamdulilah sebab ada banyak gab untuk each paper, so boleh lah bersuka ria masa study,, kiranya masa buat notes tu boleh lah stop kejap, main2 rambut ke,, menari2 kat tengah rumah ke. Ye lah,, tak stress sgt.

Korang perasan tak, aku kalau tulis blog, mesti intro panjang gila,, lepas tu.. nak cita lain tapi intro dah sampai ke Thailand,, closing aku lagi kelakar.. hahhahaha.. layan kan je lah ye...

BTW, entry kali ni aku nak share experience aku. Wahhh mcm apa lagi,, padahal experience biasa2 je.. ok mcm ni.. to all princess and prince (ada ke lelaki baca blog aku, errr,,, saya harap awak tak terpesong ye) pernah tak korang nak something dalam hidup korang. Apa saja, tak kisah la, benda ke, makanan ke orang ke., tapi korang tak dapat?

Mesti pernah kan, sedih betul? Aku pun ada jugak yg aku nak, tapi tak dapat.. heee.. selain dari nak kahwin, dengan nak Fahrin Ahmad ye.. ada something.. yang tak boleh beli, yang tak boleh mintak.. Tapi aku nak,,,nak sgt2.

Nak yang sampai tahap,, peluk Zee sambil cakap "Zee, i nak @#$%^" Lepas tu Zee balas "ye mi, i faham". Tapi tak ada sapa yang boleh tolong pun.. aduhhh.. ok lah.. sambung balik..

Korang perasan tak, time korang nak sgt2 ni, ada few of your close friend or family pun ckp yg diaorg nak something, which is memerlukan bantuan kita.

Contohnya aku, masa aku betul2 nak something, one of my close friend mengaku satu benda dgn aku. Pengakuan dibuat pada pukul 4 pagi!. Dia punya nak sampai tak boleh tggu esk dah, sanggup kejut aku ni,, semata.

Dia mengaku yang dia nak belajar solat, tapi tak pandai, tak tahu mcm mana nak mula. Jadi mintak aku tolong mana2 yang patut. we have our own problem rite, tapi bila ada org mintak tolong,, mesti kau akan rasa nak tolong sgt2.

So few weeks jugak, dia mintak aku ajarkan mcm mana nak baca surah2 lazim masa solat, apa2 saja yang berkaitan dengan solat. Kiranya, kalau dulu duduk dengan dia bercakap pasal benda lain, tapi sekarang bercakap pasal solat, perkara2 sunat lepas solat, zikir dan mcm2 lagi.

Dia jugak mintak tolong aku temankan dia beli telekung sebab dia dah ready nak solat. Aku temankan... sampai lah sekarang, Alhamdulilah, dia dah solat. Bila aku tanya dia, how was it going, jawapan dia ringkas, rasa happy dan tak selesa kalau tak solat.

Dia happy sebab dah dapat apa yg dia nak.. Tapi aku?,, hmmmm tak pa,, mungkin nanti aku akan dapat apa yg aku perlu, instead of apa yg aku mahu, betul?

Satu hari ni, sorang lagi kawan aku datang mintak pendapat, dia nak berhijab.. tapi takut. Kami tak rapat mana pun masa tu, tapi aku cuma bagi nasihat apa yg aku rasa perlu dan patut.

Pesan aku satu saja, memang tutup aurat itu wajib, tutup aurat tu nampak cantik,. Tapi make sure betul2 nak tutup, dan tak akan bukak dah. Maksud dia mcm ni, aku faham, dan aku sendiri lalui, nak betul2 tutup aurat ini bukan senang, dia berperingkat peringkat. Bukan senang kalau nak terus dari free hair ke tudung labuh litup semua. Bukan senang, aku juga masih dalam proses nak sempurnakan.

Aku tak kisah, in fact kalau jumpa org yang baru bertudung tapi masih belum sempurna, ye lah yg pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek semua tu... aku cuma harap diaorg akan improvise lah hari demi hari.. It takes time..

Tapi aku cukup tak suka kalau yg on off.. kejap pakai kejap tak pakai. Ada jugak yang pakai pegi kelas je,, kat luar tak pakai. Hadoiii... Tak mau lah mcm ni, ikhlaskan hati tu, entah lah,, harapnya diaorg pakai sepeuhnya.

So kawan aku tu pun faham, dan dia cakap dia nak pakai terus, cuma tak tahu mcm mana nak mula, So aku nasihatkan dia untuk try pakai selendang yang loose saja,, biar dia selesa dulu, sebab katanya dia memang tak pernah pakai tudung langsung.

Nak pakai tudung pin dia tak reti, so terima kasih kepada princess yang baik hati yg selalu upload shawl tutorial kat youtube. Anda sunggu membantu! Dari situ lah, kami ajar dia pakai, rupanya dia memang dah ada banyak shawl yang dia beli, cuma tak pakai je.. so tak jadi masaalah lah.

Now, alhamdulilah, dia dah pakai tudung, selalu jugak tanya aku nak pakai tudung warna apa kalau dia tak pandai nak match kan dengan baju dia. Satu hari tu, aku hadiahkan anak tudung kat dia. Kami pun secara kebetulan jadi rapat.

You know people, seronok bila dapat tolong org. Aku tak pandai, agama pun masih tak betul, aku ni bukannya baik sgt, tak tau nak bawak bekalan apa kat akhirat nanti. So harapnya, dapat tolong kawan2 aku ni terisi lah sikit bekas amalan aku tu.

Aku mugkin tak dapat apa yg aku nak sekarang ni, tapi tengok! aku dah tolong 2 org kawan aku untuk dapatkan apa yg diaorg nak. i feel good seeing my friend solat dan pakai tudung. Good!

Samapi aku terlupa apa yg aku nak buat masa ni aku tak dapat lagi. Mesti korang suruh aku usaha kan untuk dapat apa yg aku nak. Well,, kalau aku boleh usaha untuk dapatkan ni,, dah lama aku buat.. aku tak ada apa2 pilihan buat masa ni, melainkan.. DIAM

So people, kalau ada yg mintak tolong apa2 tolong lah. Kau akan feel good on it, walaupun saat tu kau juga perlukan bantuan. But its ok, Allah kan sedang pandang kita. Dia tahu, mugkin nanti Dia akan permudahkan segalanya..

So be nice to everyone ya.. Happy study untuk yang nak exam tu. Selamat berpuasa ya. Tak payah sedih kalau tak dapat sambut puasa dengan family tahun ni.. hidup ni kan pengorbanan.. so jadikan ini juga sebuah pengorbanan..


Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Deactivated Facebook

Assalamualikum Untuk yang perasan,, aku dah deactivate account facebook aku,.. yeahhh.. for good. Sebabnya, aku nak luangkan masa sepenuhnya dengan family. Alah,,, memang lah tak perlu sampai deativate account, tapi tak apa lah.. bair saja.. rasanya lebih selesa macam ni, selalu kalau kat Shah Alam, bangun je pagi akan amik phone dan terus bukak emua account social media yang aku ada, scroll satu2. Kadang2 aku rasa mcm, daj jadi kewajipan pulak nak kena selalu bukak FB terutamanya. Sampai terbawak2 bila kat Penang, sembang dengan Mak, tapi tangan pegang HP, mata kat HP,, tapi bercakap dengan Mak ni. Aku sendiri rimas, even kalau anak2 byah aku pun macam tu, topic yang selalu bualkan adalah yang berkaitan HP, status kat FB, dan sebagainya. Aku sendiri bukan jenis yang macam tu, lebih selesa komunikasi 4 mata dari alam maya. So aku sengaja deactivate. Kalau dulu balik Penang, aku akan biar hp aku dalam mute. Sengaja tak nak di ganggu. tapi sekarang langkah yang lebih berani, deac