Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Ahlan Wahsalan Ya Ramadhan

Persiapan.... Harapan Ramadhan   Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas. 

Dua pesimpangan yang mengelirukan

3 tahun aku tak pernah hadapi apa-apa masalah berkenaan cinta, tapi semenjak dua tiga hari, tiba2 masalah yang x sepatutnya muncul dalam hubungan aku dan Cik Abang Sayang tiba2 muncul. Aku keliru antara Cik Abang Sayang atau Ex-Bf aku. Aku tahu sepanjang 3 tahun hubungan aku dengan Cik Abang Sayang, dah banyak yang kami lalui bersama. Kenapa lah aku sanggup menjalinkan hubungan dgn lelaki lain. Atas sebab yang aku sendiri tak tahu. Padahal Cik Abang Sayang dah memiliki segalanya. Dia terlalu baik untuk aku, sampai aku x mampu nak tipu dia. End up, aku mengaku yang aku ada org lain di belakang dia.  Aku minta dia jujur dgn aku. ye aku pun jujur, jujur sehinggakan buat dia terluka. Susah senang semuanya dia dgn aku. Tapi kenapa kali ni, di saat dia betul2 perlukan sokongan dari aku, aku tinggalkan dia? untuk Cik Abang Sayang, Awak,, saya mintak maaf, saya sedar saya x sepatutnya ada org lain di waktu awak sibuk. Saya sepatutnya faham situasi awak. Saya tahu, x akan ada lelaki yang

Adib and me happily ever after!

Adib tgh kusyuk buat carving   ini lah mid sem break yang paling best,, sebab dapat lepak-lepak dgn family and dapat bawak kereta sepuas-puasnya. Alhamdulilah! yang paling best sebab Adib,, kawan lama aku dari sekolah rendah datang buat kejutan kat aku. Best sgt2,, dia bawak aku keluar beli barang. Lepas tu lepak kat porch rumah aku, aku mintak dia buat buah ni kat aku sebab Adib amk culinary arts kat Shah Alam. for Adib,, i really appreciate the surprise and the carving. i love you my dear! aku tak makan tau buah ni.. sebab syg sgt sampai keccut dlm peti ais rumah aku.. Nanti buat lagi kat aku ok..

Tak boleh lari dari Assignment

belum cukup seminggu aku cuti. Tenang setenang2 nya bila duduk kat rumah ni. Tapi yang sedihnya Cik Abang Sayang jauh. Apa2 je lah yang penting aku dengan family. Assignment entah ke mana, sampai lupa terus,, insyaALLAH aku akan cuba siapkan dalam masa yang terdekat ni. Sebab hari ahad insyaALLAH aku dah kena fly ke Melaka, ye lah walaupun takde kelas hari isnin,, i just wanna get my self really prepare before start kelas hari selasa. Seram sejuk jugak lah bila kenangkan assignment yang tak siap tu.. harap2 aku sempat siapkan.. Igt nak lupakan kejap pasal assignment ni,, tapi semua tu tak mugkin. Mana taknya,, lagi tanak pikir, lagi tu lah assignment tu menari2 kat dlm kepala otak aku.. HUhu!!!

Ketentuan Illahi mendewasakan kita

kembali bersyujud Tiada dalil atau nas yang boleh menguatkan blog aku. Tapi apa yang aku lalui ini benar mengajar aku untuk sentiasa berhati-hati dan muhasabah diri. Tadi, kawan kelas aku tiba2 keluar dari kelas masa lecture. Rupanya dia dapat khabar buruk, anak kepada sepupu dia meninggal (anak sedara dia). Baru umur 6 tahun, meninggal sebab demam. Masa tu apa yang aku fikir adalah 'kalau la ALLAH ambil nyawa aku sekarang, apa la bekalan aku agaknya ye?' Hari ni baru aku sedar yang bekalan aku untuk berjumpa dengan DIA masih belum cukup! Solat lima waktu yang aku buat sehari semalam tu pun belum tentu diterima ALLAH. Gossip aku tiap2 hari lagi banyak dari berzikir kepada DIA. Macam mana la keadaan aku mati nanti. Dengan carry mark yang x seberapa ni, layak ke aku untuk masuk syurga? Sempat ke aku bertaubat sebelum nyawa yang aku pinjam ni di ambil balik? Dan kalau aku bertaubat sekali pun, adakah aku akan ulang balik segala maksiat yang aku dah lakukan sebelum ini? ad