Skip to main content

Ketentuan Illahi mendewasakan kita

kembali bersyujud
Tiada dalil atau nas yang boleh menguatkan blog aku. Tapi apa yang aku lalui ini benar mengajar aku untuk sentiasa berhati-hati dan muhasabah diri.

Tadi, kawan kelas aku tiba2 keluar dari kelas masa lecture. Rupanya dia dapat khabar buruk, anak kepada sepupu dia meninggal (anak sedara dia). Baru umur 6 tahun, meninggal sebab demam.

Masa tu apa yang aku fikir adalah 'kalau la ALLAH ambil nyawa aku sekarang, apa la bekalan aku agaknya ye?' Hari ni baru aku sedar yang bekalan aku untuk berjumpa dengan DIA masih belum cukup! Solat lima waktu yang aku buat sehari semalam tu pun belum tentu diterima ALLAH.

Gossip aku tiap2 hari lagi banyak dari berzikir kepada DIA. Macam mana la keadaan aku mati nanti. Dengan carry mark yang x seberapa ni, layak ke aku untuk masuk syurga? Sempat ke aku bertaubat sebelum nyawa yang aku pinjam ni di ambil balik? Dan kalau aku bertaubat sekali pun, adakah aku akan ulang balik segala maksiat yang aku dah lakukan sebelum ini? adakah iman aku cukup kuat untuk melawan hasutan syaitan yang sungguh licik?

Banyak sungguh soalan yang tak berjawab dalam hidup ni kan? ALLAH maha mengetahui segala yang tersirat dalam hati kita. Aku harap ALLAH tahu yang aku benar-benar nak berubah. Berubah menjadi yang lebih baik bagai Siti Khadijah, Aisyah, Fatimah dan ramai lagi wanita-wanita Islam yang hebat.

Sedikit sebanyak berita kematian ini mendewasakan diri aku, menyedarkan aku yang aku banyak melakukan perkara yang sia-sia dalam hidup. Juga mengingat kan aku yang aku banyak melakukan maksiat. Carry marks belum cukup untuk mengadap yang maha esa. Aku kena memperbanyakkan carry marks aku.

Apa yang aku nak cuma satu, andai aku pergi sekali pun, biarlah aku tidak menyusahkan siapa-siapa dan biarlah aku pergi dengan cara yang tidak memalukan mana-mana pihak.

"ya ALLAH sesungguhnya aku takut untuk berhadapan dengan MU. Aku tahu aku tidak layak untuk syurgaMU namun aku takut untuk nerakaMU. Matikan aku dalam imanMu"

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me