Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Mummy, the person i TRUST the most!

Hai semua! "mak su, mummy kata kita org Islam haram pakai rantai kaki" Sara, 5  Statement dari anak sedara aku ni yg buat aku nak tulis entry kali ni. Dia ckp mcm ni bila dia tgk kaki aku. Ya aku pakai rantai kaki yang TIDAK berloceng. Tapi bila dia ckp mcm tu, aku pelik,... aku pasti statement ni salah tapi aku tak boleh nak explain kat dia. Sebabnya, yg ckp kat dia tu adalah mummy dia. Kita akan percaya apa sahaja yg parents kita ckp terutama utk budak seusia Sara, betul? in fact! sampai umur kita menigkat pun, kita akan percaya bulat2 apa yg parents kita ckp. Aku tak faham sapa yg salah dalam soal ni. The mother who provide incorrect information, or those kids who do not understand this kind of issue. "Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung k

Apa nak buat?

Assalammualikum semua, Wahhhh dah lama aku tak lepak2 kat sini, sibuk bukan kepalang. Sementara ada sedikit masa yang terluang bertemankan satu tumbler milo ais dan satu piring bengkakang roti yang dibuat sendiri) wahhhhh....  ye lah bosan2 tak tau nak buat apa,,, bila masuk dapur roti ada sebungkus yang dua hari lepas Mak beli tak makan lagi. Tgk bertapa busy sampai roti tu pun tak sempat makan. So tadddaaaa my handmade bengkang roti. hehehe..... Jgn tanya mcm mana nak buat eh, senang sgt nak buat. Buat malu ja. PERKAHWINAN MUHAMMAD NIZAM BIN AZMI & SITI NORZILA BT MOHD YUSOF Sebenarnya ni tujuan utama entry kali ni. Ahad lepas bersamaan 25.11.12 aku pergi kenduri kahwin Nizam dekat Restoran Nelayan Terapung Ujung Batu. Dia kawan sekolah aku, rasanya seolah menengah. Kami tak sama kelas, tapi bila time agama, kelas aku dan dia bergabung, rasanya dari tingkatan 2 lagi kami sama kelas time agama.  Dia ni org yg paling riuh kat sekolah, sapa tak kenai Nizam. B

Trip to Hatyai

Assalamualikum!!,,  dalam entry kali ni aku tak mau cerita banyak, just nak kongsikan gambar2 kau masa trip ke Hatyai... Enjoy okkkkk ni makanan yg aku mkn kat sana,, first restoran Salmah restoran kalau tak silap. Taste so so ja. nasi goreng padprik, tapi kurang pedas. igt kalau mkn kat sana mesti pedas2 tapi langsung tak. TApi sedap lagi kat Malaysia. Aku mmg dah aim, p sana tak nak shopping,, cuma nak rasa masakan kat sana ja... well aku kan suka makan.. hah so biasa lah, malam mula kat sana pun dah start shopping, window shopping ja,, ni area depan hotel kami. Grand Plaza hotel. rasanya tak ada kot gambar hotel, lupa pulak nak amik.. sorryyyyyyy rasanya prize sama ja kat padang besar,,,, handbag tu yg tak tahan... mak nampaknya mula hilang pertimbangan... breakfast kat Hamid restoran. Alhamdulilah,, senang jugak nak cari makanan muslim kat sini... Nasi lemak dia pun agak kurenggggg sikit,, kalau mkn time lapar mmg laju lah.. tapi aku tak hab

Islam kita dimana??

"Islam bukan sekadar pada tudung labuh paras dada, islam juga bukan pada kopiah putih semata. tidak juga pada purdah serta jubah, Islam itu pada hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah Taala" Selama 3 hari 2 malam aku di Hatnyai Thailand, ni lah yg aku fikir, tak ada kaitan pun sebenarnya, tapi entah lah.. Kadang2 tu aku sedih sebagai org muslim, yang menghentam sesama muslim. Mcm mana? Aku paling pantang bila ada di kalangan muslim yg look down pada muslim yg jahil like tak tutup aurat, social, berdosa. kenapa eh? Awak tu dah dijamin ke masuk syurga? sebab awk solat, tutup aurat, dan pandai baca alquran awk layak utk look down atau hina org yg tak pandai? mcm tu ke? Hina sgt ke org yg tak solat? kenapa nak kena hukum org? awak sapa? Bagi aku kita bukan sapa2 untuk tegur kesilapan org. Kita tak layak. Hubungan dia dgn Allah. terserah pada dia, doakan yg terbaik utk dia. itu pun dah cukup memadai Aku paling tak suka bila tgk org yg beragama (alim) tapi tak sempurna.