"Islam bukan sekadar pada tudung labuh paras dada, islam juga bukan pada kopiah putih semata. tidak juga pada purdah serta jubah, Islam itu pada hati yang jujur dan ikhlas kerana Allah Taala"
Selama 3 hari 2 malam aku di Hatnyai Thailand, ni lah yg aku fikir, tak ada kaitan pun sebenarnya, tapi entah lah..
Kadang2 tu aku sedih sebagai org muslim, yang menghentam sesama muslim. Mcm mana? Aku paling pantang bila ada di kalangan muslim yg look down pada muslim yg jahil like tak tutup aurat, social, berdosa. kenapa eh? Awak tu dah dijamin ke masuk syurga? sebab awk solat, tutup aurat, dan pandai baca alquran awk layak utk look down atau hina org yg tak pandai? mcm tu ke?
Hina sgt ke org yg tak solat? kenapa nak kena hukum org? awak sapa? Bagi aku kita bukan sapa2 untuk tegur kesilapan org. Kita tak layak. Hubungan dia dgn Allah. terserah pada dia, doakan yg terbaik utk dia. itu pun dah cukup memadai
Aku paling tak suka bila tgk org yg beragama (alim) tapi tak sempurna. Pakaian dah hebat, berjubah, bertudung labuh, tapi solat dilewat2 kan dgn sengaja. (maaf ye, aku menulis berdasarkan pemerhatian peribadi tiada niat utk mengaibkan) islam kah itu?
Aku faham kalau nak berhijrah, ke sesuatu yg baik, tapi yg mana kena hijrah dulu? kelakuan? atau pakaian? benar pakaian tidak mencerminkan peribadi, tapi kenapa bila tgk org pakai seksi sikit, terus hukum dia, tuduh itu dan ini??? WHY??
Sejujurnya Isalm itu sgt subjective utk dibincangkan. Terlalu. terserah pada masing2 utk menilai. tapi fikir lah, sejauh mana amalan kita utk menilai amalan org lain. Kita tidak pernah hina dimata Allah, kenapa perlu jadi hina di mata manusia sendiri? igt lah, Syurga tu belum tentu lagi tempat kita. jadi ikhlaskan hati utk Allah. bersikap baik pada semua...
Allah with us
Comments
Post a Comment