Skip to main content

Trip to Hatyai


Assalamualikum!!,, 
dalam entry kali ni aku tak mau cerita banyak, just nak kongsikan gambar2 kau masa trip ke Hatyai... Enjoy okkkkk



ni makanan yg aku mkn kat sana,, first restoran Salmah restoran kalau tak silap. Taste so so ja. nasi goreng padprik, tapi kurang pedas. igt kalau mkn kat sana mesti pedas2 tapi langsung tak. TApi sedap lagi kat Malaysia. Aku mmg dah aim, p sana tak nak shopping,, cuma nak rasa masakan kat sana ja... well aku kan suka makan.. hah


so biasa lah, malam mula kat sana pun dah start shopping, window shopping ja,, ni area depan hotel kami. Grand Plaza hotel. rasanya tak ada kot gambar hotel, lupa pulak nak amik.. sorryyyyyyy


rasanya prize sama ja kat padang besar,,,,


handbag tu yg tak tahan... mak nampaknya mula hilang pertimbangan...


breakfast kat Hamid restoran. Alhamdulilah,, senang jugak nak cari makanan muslim kat sini... Nasi lemak dia pun agak kurenggggg sikit,, kalau mkn time lapar mmg laju lah.. tapi aku tak habis pun.. tak sedap.


mak tgh facebookkkk...


kawan2 mak yg sekali dgn trip ni, aku dah selalu ikot mak,, jumpa org yg sama.. so dah mesra.. nnt aku cerita lebih lanjut...


lunch for our second day kat Sami Kitchen. Cuba tgk deco nya,, cantik kan... sgt open air, dgn cuaca yg baik. so far ni tempat plg best. 


makanan yg sedap, environment yg santai.. so relaxing. kat sini kami makan Tomyam daging dgn sayur campur dgn nasi putih. Tomyam yg sgt perfect. Sgt strong rasa masam tu. But the taste so nice. sedap sgt, 


alamak,, aku dah lupa nama kedai ni but ni area Songkla. Second Day ni satu hari penuh berjalan2 area Songkla. salah satu kedai yg jual thailand punya specialties kekacang, sotong2 pulut.. kat sini semua makanan.. Tak beli pun.. tgk ja... sbb mak nak beli kat hotel saja. 


ni kat pantai songkla, alah yg ada duyung batu tu.. ce tgk apa abg tu makan.. tu ais cream yg dpa letak kat dlm tempurung kelapa yg masih berisi. Kiranya makan ais cream dgn isi kelapa muda. Yg menariknya,, toppings utk aiscream ni, pulut, roti, kacang dan buah nau. Sedap, harga dia 30 bath. RM 3 ringgit lah. 


Ni tempat yg paling best, Floating Markets, dimana semua peniaga jual makanan kat dlm sampan. Dia masak sekali kat dlm sampan then jual. Sgt menarik.


kebanyakan yg jual tu org muslim. mcm2 jualan tu,, 


tada... Ais cream, sama jugak topping mcm tadi. tapi ce tgk dia punya cup.. tu clay tau.. semua depa serve mcm tu, air pun ltk dlm clay with interesting design. Bekas tu kita boleh bwk balik. Menarik sgt.


last one,, massage !!!!! hahah,, first time buat,, but best lah jugak... Seriously, worth it kot, rm 20 ringgit satu badan... tu aku tgh gelak sebab geli...


tada... org yg urut aku.... pandai betoiii dia ni..

Ha, so mcm mana boleh jadi travel journalist tak?? hehehe.. ok berbalik pada trip ke Hatyai. Aku ikot mak aku, sbb mak aku ada meeting kat sana. Semua ahli2 meeting tu boleh bawak partner masing2. Memandangkan aku ni PA mak aku, so aku lah yg ikot. Overall yg bestnya kat sana adalah tarikan Floating Markets tu and!! massage tu ja.

kalau nak relax, release stress pun  ok jugak. Hatyai atau thailan ni time dia beza satu jam dari kita. kalau kat M'sia pukul 6, kat sana baru pukul 5. Nilai mata wang pun sama ja. 1000 bath sama dgn RM100. kira buang satu kosong depa ja. Faham???

ok makanan pulak, mcm aku ckp tadi, kalau yg goreng2 ni banyak rasa dia mcm terlebih sos tiram, kurang garam, kurang pedas. so pada yg cerewet makan baik makan tomyam je... mmg kena dgn selera lah.. kiar boleh makan lah kalau bandingkan dgn nasi goreng dia tu... Satu lagi, harga makanan tu agak mahal lah kalau nak bandingkan kat Malaysia. Nasi goreng maybe dalam RM7-9, sayurcampur RM10, Tomyam RM10-15.

InsyaAllah, esk aku akan share apa yg aku shopping kat sana ok.. tada.. good night

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me