Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

kisah aluminium foil

Semasa si isteri dan suaminya sibuk letak aluminium foil kat atas tray kat rumah mak si suami.. Isteri: banyak sangat abg guna ni. Suami: mana ada banyak Isteri: banyak lah Suami: alah tak pa yang, kita kat rumah mak, kita guna la banyak2 bukan kita yang bayaq pun. Kalau kat rumah kita baru la kita jimat. Aluminium foil ni,, mak yang beli.....bukan duit kita.... satu je yang aku nak cakap,,,, "cakap siang pandang2, cakap malam, pelan2"

Bermulalah, Percintaan Jarak Jauh...

Esok Cik Abang Sayang akan ke Klang, Dah start L.I. Aku pulak still kat Penang. 3 haribulan ni baru start kelas balik. Sekarang cuti mid sem. Kelang dengan Melaka,, huhuhu,, jauhnya. Kami dah berbincang, insya-Allah, dalam sebulan, sekali je kami akan jumpa. Hoiii, kopak lah kalau every week, ikutkan hati Cik Abang Sayang tu, mesti dia nak jumpa aku every week. Memang tak lah,, kesian pulak kat dia,, dia yang nak kena datang jumpa aku,, aku nak ke Klang? huhuhu tadak belani oiiii... Tak pe lah, makin jauh, makin sayang,,(pujuk hati sendiri tu) hehe,,, Cik Abang Sayang cakap, dia dah tak busy mcm dulu,, huhu,,, harap2 mcm tu lah.... Harap aku boleh terima kalau dia sibuk dgn L.I dia. Katanya dia nak buat kerja part time dgn kawan dia kat Klang, lepas office hours. Nak kumpul duit.. hihihi.. Aku harap sgt aku boleh support dia, dan dia tak melencong ke tempat lain... Sejujurnya, sayang sayangkan awak..

"maaf saya tak da jawapan utk soalan itu"

assalamualikum, alhamdulilah, hari ni, aku sepanjang hari dengan Cik Abang Sayang, dan pelakon2 untuk storyboard aku. Almost 50% dah siap. Berkat usaha dan kesabaran semua pihak... waktu dia nak hantar aku balik tadi, sambil tgh drive, dia tanya aku saru soalan, ye seperti biasa, soalan yang sungguh buat aku terkejut.... "kalau saya hantar rombongan meminang, abang awak terima tak?" Aku sekali lagi terdiam,, hadoiiii,,, betul2 menguji,, yang dia pulak, setia menanti jawapan dari aku. Mana mugkin aku mampu nak menjagka apa yang bakal berlaku?. Mana lah aku nak tahu semua ni. Apa yang mampu aku jawab just... "maaf saya tak da jawapan utk soalan itu" ye lah, sebab aku sendiri pun tak tahu,,, hadoiiii... kesian jugak tgk muka dia.. but what can i do, just to make him happy? hihihi Aku akan share gambar2 aku photo shoot tu nanti, ini bagi memastikan yang tiada mana2 pihak meniru hasil kerja aku... 

Note for future husband.

Dear Future Husband, ♥ I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best housewife, ever..dress up for you, I will maintain my appearance for you. I will make sure to be the best wife I can be.. I will raise your children to be the best they can be. I will be the best mother, insyaAllah. As long as you promise me one thing, help me get to jannah... InsyAllah :)

dulu,, kini dan selamanya

assalamualikum, hari khamis ni aku nak balik Penang,, cuti seminggu. Happy sangat, dah saturated sebenarnya stay je kat dalam Lendu ni. So sangat tak sabar dan sangat teruja nak buat storyboard dan nak buat assignment yang lain. Balik Penang, harusah shopping. Nak beli lah apa2 yang patut. Wajib ok.. hahahaha..  Cik Abang Sayang? dia kat Penang sekarang. Getting better day by day. Alhamdulilah. One thing yang aku suka pasal dia. Dia tahu time nak marah aku, dan dia tahu time bila nak just let me go. Maknanya, dia akan biarkan aku cool sendiri. Tak akan pujuk. Dia bagi masa kat aku untuk aku fikir betul2, what should i do.  Actually assignment tak banayak, tapi tu lah.. maybe condition aku yang tak ok sekarang ni. Sangat2 penat, mcm aku buat banyak sangat kerja. Tak tahu lah... maybe sebab bulan mengambang. Tapi rasanya lain sangat . Apa hal eh??? Letih dan sangat lesu.. hadoiiii.... Asik tido je kalau ada free time,,, penat yang tak bertempat, di tambah pulak dengan flow yang agak

Love is Cinta?

assalamualikum....  Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untk membenarkan jari2 ini menari2 di atas keybord malam ni. Entry kali ni khas untuk Cik Abang Sayang. Sebab nya,, dia selalu cakap yang dia sayang kan aku.. tapi aku ckp, Sayang saja tak cukup.. so ini jawapan kenapa sayang saja tak cukup. Love maknanya sayang. Jadi boleh jadi sayang pada kawan,,haiwan,, alam sekitar, keluarga apa saja,, termasuk lah sayang pada kekasih hati Cinta pula,, satu perasaan yang merangkumi semua, sayang, kasih, rindu, suka, duka, jujur, ikhlas, setia, pengorbanan, penghargaan, perhatian, ambil berat, dan penghormatan.  Semua komponen2 ini ada dalam sesebuah percintaan, cuba tengok parents kita, Ada kan semua ni, inilah cinta... Jadi sayang saja tak cukup untuk membuktikan yang kita cintakan sesorang. Jadi untuk semua orang, jangan mudah lemah bila awak dengar ada yang sayangkan awak. Ingat dia cuma sayangkan awak. Tak lebih dari itu. Sebab tu lah aku tak suka bila Cik Abang Sayang cakap yang

Cinta itu Sakit

Macam tak da kudrat lagi untuk taip entry kali ini. Tak tahu nak start dari mana, aku perlukan sesorang untuk dengar masaalah aku sekarang. I really need somebody. Disebabkan tak ada orang yang ada dgn aku sekarang, aku nak share kat dalam blog saja. Walaupun aku terketar2 taip setiap huruf sebab demam. ye, aku nangis sampai nak muntah dan sekarang aku demam. sebabnya? Aku rasa yang hubungan aku dengan Cik Abang Sayang semakin dinggin. Aku seolah rasa yang dia lagsung tak serious dengan aku. Bila aku tegur sikit je yang dia buat kat aku, mula lah dia nak mengukit setiap kesalahan aku kat dia, kononya nak cakap yang dia dah banyak sabar dengan aku, tapi aku tak boleh sabar sikt dengan dia.  Satu je yang aku terfikir sekarang, kenapa lelaki ni cepat sangat berubah, dulu waktu nak ayat aku bukan main lagi, bahasa berbunga2, tapi bila dah couple 3 tahun, mula lah tunjuk diri sebenar. Dah mula nak berkira pasal duit, pasal pengorbanan nak ukur sapa berkorban lagi banyak. Kenapa semua ni

9 ciri wanita idaman lelaki

1. Berpegang Kepada Agama Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini. 2. Kecantikan Dalaman Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. 3. Manja Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja d

Secara sah menetap

Alhamdulilah, selama hampir 3 minggu aku menumpang di bilik 2005 Tun Puteri, akhirnya aku dapat bilik sendiri, dah tak menumpang. 1303 tun puteri, bilik tetap aku untuk semester ini. Syukur banyak2. Setelah di uji dengan pelbagai dugaan akhirnya aku dapat bernafas dengan lega bila dah dapat bilik sendiri dengan 2 orang junior dari course tourisms. Sofiea dgn Wani, so far ok kot budak2 ni, tak banyak songeh.  Mak cakap kat aku bila aku dapat kolej  "Alhamdulilah, berkat sabar tu, tengok Allah dah tolong mi, Syukur banyak2"    Cik Abang Sayang pulak, "Alhamdulilah, dapat tugak bilik, awak amik je bilik yang mana pun asalkan dapat bilik jangan nak demand, rezeki tu, yang penting dah tak payah nak duduk bilik lama (2005), lega hati saya awak dah dapat bilik, alhamdulilah" Alhamdulilah, berkat kesabaran aku, dan semangat yang dari orang2 tesayang yang buat aku kuat sebenarnya. Aku sangat rasa nikmat yang Allah dah bagi kat aku bila dah dapat bilik.  P

He is the one who always wipe my tears

Cik Abang Sayang, ye, dah tiga tahun alhamdulilah, memang lah ramai lagi yang selalu teman aku di waktu aku sedih, tapi cuma Cik Abang Sayang yang tahu semua tentang diri aku, he like my best friend. i mean more than that. segalanya tentang diri aku dia tahu, sedih aku sakit aku, gembira aku segalanya dia tahu. Syukur kerana aku bertemu dgn dia,,, terlalu sempurna di mata aku... Now agak sedih sebab cik Abang sayang ada di PD, ada kursus usahawan katanya. About 2 weeks without him. hmmmm,,, tah apa2 kursus sampai 2 minggu. tak jumpa tu boleh terima lagi, but he don't have time even to text me,, ni kan pula nak call, tu yang lemah sikit tu.. but is ok, harap2 dia balik nanti sempat lagi g tengok Ombak Rindu heheh,, sekali gus nak sambut anniversary yang ke 3, wahhh,,, lama dah aku dengan dia.. hope that our love is long lasting.... insya-allah thanks Cik Abang Sayang, sebab awak selalu berleter kalau saya nangis,

tears express feeling without words.

setiap manusia pasti akan menghadapi dugaan. Aku tidak terkecuali. Biar la air mata yang menemani. Give up? sudah pasti. Tapi di saat menghadapi dugaan yang banyak aku terbaca satu ruangan dalam majalah, penulis majalah itu seperti bercakap dengan aku, mensihati aku.  " Dugaan sebenarnya mendekatkan diri kita kepada Allah seterusnya memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Dia. Tentang masaalah atau dugaan tersebut, serahkan segalanya kepada Dia," Aku percaya Allah sedang membuka jalan untuk aku selesaikan masaalah yang aku hadapi. Pastinya Dia mendengar esakan aku di setiap malam serta pada tiap kali syujud aku.  Dengan dugaan ini buat aku lebih matang dalam meneruskan hidup... Pastinya ganjaran yang sangat besar kepada mereka yag sabar menempuh dugaan kiriman khas dari Allah untuk kita.  Ini bukti yang Allah sayangkan aku. Alhamdulilah... syukur