Skip to main content

9 ciri wanita idaman lelaki

1. Berpegang Kepada Agama


Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.


2. Kecantikan Dalaman


Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. Manja


Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.


4. Pandai Menjaga Kecantikan


Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.


5. Berakhlak Mulia


Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamer Keseksian


Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.


7. Tidak Cerewet


Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.


8. Memahami Lelaki


Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.


9. Sejuk Mata Memandang


Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain


.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.


Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.
Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri




Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen...

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati n...

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So fa...