Alhamdulilah, selama hampir 3 minggu aku menumpang di bilik 2005 Tun Puteri, akhirnya aku dapat bilik sendiri, dah tak menumpang. 1303 tun puteri, bilik tetap aku untuk semester ini. Syukur banyak2.
Setelah di uji dengan pelbagai dugaan akhirnya aku dapat bernafas dengan lega bila dah dapat bilik sendiri dengan 2 orang junior dari course tourisms. Sofiea dgn Wani, so far ok kot budak2 ni, tak banyak songeh.
Mak cakap kat aku bila aku dapat kolej
"Alhamdulilah, berkat sabar tu, tengok Allah dah tolong mi, Syukur banyak2"
Cik Abang Sayang pulak,
"Alhamdulilah, dapat tugak bilik, awak amik je bilik yang mana pun asalkan dapat bilik jangan nak demand, rezeki tu, yang penting dah tak payah nak duduk bilik lama (2005), lega hati saya awak dah dapat bilik, alhamdulilah"
Alhamdulilah, berkat kesabaran aku, dan semangat yang dari orang2 tesayang yang buat aku kuat sebenarnya. Aku sangat rasa nikmat yang Allah dah bagi kat aku bila dah dapat bilik.
Punya nak bilik sampai aku bernazar kalau dapat bilik aku nak puasa hari Khamis ni (esok), so sebagai tanda bersyukur dan bernazar aku akan puasa jugak esok.
Terima kasih Ya Allah kerana Kau telah ukirkan senyuman kepada ku, dan kau telah kembalikan tawa pada ku, Syukur atas nikmat yang telah Kau berikan kepada ku..
The moral value is:
- Jangan harapkan orang untuk bantu kita bila kita menghadapi kesusahan, do it yourself,
- bersabar,
- serahkan segalanya pada Allah,
- Usaha, don't Give up
- Anggap ujian yang dihadapi adalah untuk menghapuskan dosa2 kecil
- Jaga hubungan dengan Allah, jgn abaikan.
Comments
Post a Comment