Skip to main content

Mom its your day so enjoy it




HAPPY MOTHER'S DAY. Untuk semua wanita yang bergelar ibu. Hari ini, alhamdulilah sekali lagi mimi (baik sikit ye sbb entry ini untuk mak sya jadi bahasakan diri mimi) diberi peluang untuk menulis entry terbaru.

Entry ini khas untuk:
Puan Hasnah binti Harun (My Mummy)
Puan Suhaiza binti Jamil ( My sis)
Puan Noor Hamisah binti Othman (Mr. Bubu's mother)
and to all my aunties and cousin 

Kita semua tahu yang pengorbanan ibu itu bukan suatu yang mudah untuk dilakukan. Namun lihatlah bertapa hebatnya srikandi ini dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu. Satu perkara yang sangat saya kagumi.  Mana tidaknya, satu hari nanti saya juga Insya_ALLAH akan bergelar seorang ibu. Pelbagai persoalan yang sering timbul. Mampukah saya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu ini. 
   

Puan Hasnah binti Harun, 60 tahun merupakan ibu kepada 4 orang anak. Pengorbanan beliau amat terselah apabila terpaksa menjaga 2 orang anaknya yang terakhir seorang diri setelah kematian suami. Encik Jamil bin Mustafa pada tahun 2000. Puan hasnah merupakan ibu saya. Beliau juga merupakan idola saya. Seorang yang kuat, tabah, serta tegas dalam kelembutan. Semoga sifat-sifat terpuji dalam diri beliau ada pada saya dan keluarga saya. Insya-ALLAH. Doa saya semoga mak, sihat, serta panjang umur dan kuat untuk menghadapi kehidupan mendatang.

Puan Suhaiza with her family

Puan Suhaiza binti Jamil, 34 tahun merupakan ibu kepada sepasang anak. Muhammad Firdaus,13 dan Nurul Ain,12. Seorang ibu itu memiliki pengorbanan tersendiri terutamanya untuk anak-anak. Puan Suhaiza merupakan kakak saya. Berkogsi kasih dengan Muhamad Yusuff pada usia yang muda. Alhamdulilah dikurniakan putera juga pada usia yang muda. Kata orang anak ini rezeki, dalam memperoleh rezeki ini Puan Suhaiza telah melalui dugaan serta halangan yang sungguh hebat.

Hal ini secara tidak lagsung, memberi gambaran kepada saya bahawa menjadi ratu kepada seorang lelaki bernama suami serta menjadi suri buat zuriat bukannya suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kekuatan yang mantap. Pegangan agama yang kuat serta kesabaran yang tiada tandingannya.

Dua orang wanita yang terpenting dalam hidup saya, sedikit sebanyak mengajar saya untuk menghargai seorang ibu. Serta tidak mensia-siakan harapan mereka (ibu) yang tinggi buat anak-anak. Juga merupakan persiapan awal untuk saya menjadi seorang ibu suatu hari nanti Insya-ALLAH.

Puan Noor Hamisah, merupakan ibu kepada tiga orang anak. Walaupun tidak berpeluang untuk berjumpa dengan beliau, namun ada sesuatu yang saya lihat dari peribadi beliau. Terima kasih kerana melayan saya serta memberi nasihat dan dorongan seperti saya ini anak puan. Semoga Allah merahmati puan.


Hebat sungguh wanita-wanita ini. Teringat saya kepada isteri dan anak baginda Rasulullah. Sampaikan ALLAH menjanjikan syurga buat mereka bertapa hebatnya mereka. Semoga ibu yang telah banyak berkorban buat anak-anak mendapaat balasan syurga serta diberkati dan dilindungi Allah. Insya-ALLAH.




Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me