Setiap sem aku diuji oleh banyak dugaan dari pelbagai sudut. Sem 1 aku di uji dengan masalah assignment and groupmates.
Alhamdulilah Sem 2 aku dah x ada masalah itu lagi, tapi masalah lain pula timbul. Selisih faham di antara kawan kelas. Satu kelas jugak lah terkesan dengan masalah ni. Sampaikan aku rasa nak berhenti belajar oleh kerana masalah yang sebesar kuman. Dalam keadaan yang kalut tu, aku terjumpa satu blog dari seorang yang aku kenal. Dalam blog dia, dia cakap macam2 pasal aku. Aku terpaksa untuk berdepan dengan dia setiap hari dan aku terpaksa untuk berlakon yang aku tak tahu apa-apa pasal blog dia. Padahal aku boleh hafal setiap perkataan yang dia tujukan pada aku. Sangat melekat di kepala otak aku.
Disaat aku betul-betul lemah dan perlukan sokongan dari ramai pihak, aku seolah tarasa diri aku disisihkan dari kawan kelas, dan family. Memandangkan sedikit masalah yang timbul antara aku and siblings. Aku selesaikan semuanya sendiri. Segalanya! terutama sekali assignment aku. Alhamdulilah. Aku sedar, tahap kesabaran aku sedang diuji oleh Yang Maha Esa. Setiap kali sujud, aku merintih, aku meminta dan aku merayu agar di peringankan beban yang aku hadapi. ALLAHUAKBAR! Aku sedar siapalah aku untuk meminta. Tapi aku percaya walaupun aku tiada siapa didalam dunia ini. Aku tetap ada DIA. Yang sentiasa setia memerhati aku dari atas. Aku kuatkan kudrat untuk selesaikan apa uang aku dah mulakan.
Masa itu aku baru sedar yang aku dah jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya. Aku dah jauh meningalkan DIA. Perasaan untuk berundur dan mengaku kalah sangat kuat dalam hidup aku. Air mata adalah teman rapat aku sebelum tidur. Boleh dikatakan setiap hari aku menangis.
Saat dalam kelas pulak aku bagaikan halimunan, jasad aku saja di situ. Hati dan perasaan jauh melayang, entah kemana. Tiada sapa yang tahu tentang penderitaan aku saat ini. Hati ini menanggung seribu satu perasaan yang bercampur aduk! Aku kembali bersyujud kepadaNYA. Membaca kitabNYA dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Sehingga menjadi rutin untuk aku lakukan.
Musim peperiksaan, aku melagkah ke dewan dengan bekalan yang sedikit. Dengan mengharapkan pertolongan dari KEKASIH HATI. Aku menjawab, dengan doa agar DIA membantu aku.
Musim cuti semester yang cuma tiga minggu, cukup untuk aku meluangkan masa dengan pembacaan novel (jantung hati yang seniasa memahami irama jiwa aku), keluarga terutama kedua anak buah yang aku sayangi. Fidaus dan Ain. Setiap petang, habisakan masa untuk berbasikal, walaupun cuma dua dan penunggangnya 4. Kami bagaikan setia menanti giliran. Allah, what a happy life YOU have give to me. I'm thankful of it.
Masanya telah tiba, dan ini lah detiknya bila saat untuk menerima keputusan hasil nukilan aku sendiri salama satu semester. Walaupun agak merosot dari semester lepas. Aku bersyukur dan aku sedar i deserve it!. Tapi aku rahsiakaan dari pengetahuan keluarga. Sebab aku tahu yang keputusan aku ini bukanlah sesuatu yang berlu dibanggakan. Aku sendiri tak pernah mengharapkan penghargaan dari keputusan ini. Aku tahu tekanan yang aku hadapi selama satu semester ini menjejaskan keputusan aku. Aku tahu dimana silapnya. Aku tahu dimana salahnya. Namun biarlah ianya menjadi rahsa terbesar dalam hidup aku.
Tiga minggu sudah berakhir. Sedih saat memeluk mak aku. Sebab aku sembunyikan sesuatu. Masa itu apa yang aku fikir adalah setiap kesalahan yang aku dah lakukan. Maafkan mimi mak. Disaat memeluk dan mencium Ain dan Firdaus. Sekali lagi dada aku sebak. Mana tidaknya, halai dan tawa aku ada pada mereka. Mana mugkin aku dapat ketawa sepuas hati pabila berjauhan dari buah hati ulam jantug aku.
Dari penang aku ke Melaka, hanya dengan bus. Semua barang-barang aku kirimkan pada Cik Abang Sayang, seminggu sebelum aku bertolak ke Melaka. Perjalanan bersama air mata. Mengenangkan setiap detik di Penang selama 3 minggu. Hiburan buat aku untuk satu semester. Sampai saja di Melaka sentral tepat jam 7 pagi. Hati aku tak risau sebab aku tahu ada seseorang yang setia menanti aku seawal jam 4 pagi.
Cik Abang Sayang, dia bawa aku untuk daftar di Dewan Syahbandar UiTM Alor Gajah. Ye, aku ditemani oleh keasih, sedangkan kawan-kewan sekampus ditemani oleh keluarga masing-masing. Yang mana satu lebih indah? Sudah tentu keluarga. Aku kuatkan hati. Terus tersenyum untuk menutupi resah di hati.
Saat membeli keperluan haran aku di kolej, masih bersama Cik Abang Sayang. Tiada apa yang indah, mugkin masih terkesan dengan perpisahan yang baru beberapa hari. Aku kuatkan hati. Untuk hidup di bumi Melaka ini aku benar2 memerlukan kekuatan. Tak kisah dari mana datangnya kekuatan itu, yang penting aku mempunyai nya disaat diperlukan.
Sebulan aku dalam semester 3 ini. Selama ini juga lah aku tak keluar walau untuk menjenguk pekan Alor Gajah yang dekatnya cuma sekagkang kera dari Lendu. Sudah pasti otak ini semakin tepu dengan keadaan sekeliling yang sangat membosankan. Hari minggu aku disini hanya ditemani oleh baju-baju yang kotor untuk dibasuh. Jika perlukan hiburan aku cuma ada laptop, broadband dan dua handphone. Ya! cuma itu. Makanan setiap pagi pula hanya teh panas yang tak bertapis bersama biskut kering. Ikot nasib, kalau biskut tak habis.
Sakit di mata ini tak akan berhenti setiap hari jumaat apabila ada saja kereta yang memasuki perkarangan kolej untuk menjemput anak-anak berhujung minggu bersama.
Itu lah nasibnya seorang pelajar di perantauan...
Comments
Post a Comment