Skip to main content

My Big Day part 4

Assalamualikum semua...

Yes aku masih lagi brsemangat nak cerita pasal convo aku, walaupun pada hakikatnya org lain dah buang pun semua jambangan bunga kat dalam tong sampah, Semua bunga2 time convo dah rosak, dah tukar warna jadi hitam dah pun. Bear pun dah x comel mcm baru dapat. Betul tak??

Tapi aku kat sini masih bersemangat nak share each moment aku, dari pre convo, sampai lah ke hadiah2 yg aku dapat untuk convo. Untuk entry kali ni, aku nak konsikan setiap kenangan aku masa hampir 3 tahun bergelar penuntut diploma di Melaka. I was thinking, berapa paragraph yang aku bakal tulis utk menukar semua kenangan kepada bentuk perakataan. dari 2010 sampai 2013.

Terlalu banyak sebenarnya. Tapi aku akan cuba utk summarise kan. like,, sapa nak tahu pun kan? tapi aku sengaja tulis kat sini, so that, aku dapat baca balik nnti.


Gambar ni abang amik masa hari pendaftaran aku sebagai pelajar di UiTM Melaka. Mcm aku selalu share kat sini, perasaan membuak2 untuk menjadi pelajar di bawah fakulti kommunikasi dan pengajian media bermula dari aku tingkatan 4. Pernah, sorg cikgu tanya aku, nnti nak smbg belajar kat mana, semua org mcm bg jwpn yg terlalu general. Accounting, medic, engineering dan banyak lagi. Tapi bila jawapan aku. Dengan suara yang lantang dan yakin aku jawab "i will continue my studies at UiTM Alor Gajah, Melaka in Diploma in Communication and Media" 

Tahu tak apa jwpn cikgu aku? "What is that?" dengan muka benci dia. Tapi ini sedikit pun tak menjatuhkan semangat aku. Ada jugak cikgu yg kata, "kamu jgn igt yang kamu cantik kamu boleh 'hidup' dalam mass comm, tak guna kalau muka je ada tapi tak da pengetahuan yg luas" 

Aku amik setiap kata2 ni sebagai semangat utk aku ttp dengan keputusan aku. Setiap hari aku akan ckp yg aku nak smbg belajar di Melaka, aku nak belajar mass comm. Sampai Mak pesan utk aku tidak terlalu mengharap. Mak takut aku kecewa bila kau tak dapat apa yang aku nak. 

Tapi aku tetap dgn apa yg aku nak. Sedikit pun tak takut, cuma aku kata kat mak, kalau aku x dapat mass comm atau smbg belajar aku nak belajar menjahit atau belajar masak. tu je. The rest aku tak mau amik kisah, aku tak mau amik tahu langsung. 

Sampai lah aku interview di UiTM Pematang Pauh. Habis interview tu, aku ckp dgn mak aku utk jgn bg tahu sapa2. Sebab aku agak sedikit takut, bila tgk org lain yg lebih bersedia pada aku. Yang jauh lebih cantik, bergaya dan nampak yakin dari aku yg cuma pakai baju yg biasa2. Duduk di penjuru sorg2. 

Tapi Alhamdulilah, aku dapat. Berjaya. Bila dapat keputusan saja, aku terus lari dapatkan mak dan peluk. The moment when you really want something, and you dapat atas usaha dan doa you sendiri. First time dlm hidup aku, aku dapat betul2 benda yg aku nak. Aku tak takut utk jauh dari family for the first time. Sampai hari pendaftaran, aku tak risau langsung utk duduk jauh di selatan sana. 

Sebab aku cuma nak ilmu yg aku betul2 nak. Aku nak belajar, tu je! yang lain aku tak nak ambil kisah langsung.!! aku tak menangis langsung masa salam mak dan family aku. And yet! aku lagi happy sbb mak dah nak balik. ni jujur ye.. Boleh call mak aku kalau tak percaya. Aku sgt tak sabar utk mulakan hidup yang baru di Melaka. 

Aku dapat kolej Tun Puteri. Tingkat 3, bilik no 5. Satu tingkat cuma ada 8 bilik saja. 1 bilik 4 org. Kati 2 tingkat, so aku duduk tingkat atas. Sedikit pun aku tak rasa takut bila ada roommate. Memandangkan aku tak pernah duduk asrama. So aku ikut je rentak masa tu. Roommate aku yg satu katil dgn aku nama dia Syue. Kati lagi satu, nama dia Ateena dan Azira. 

So ok, tak da apa2 yg menakutkan. Saban hari aku makin rapat dengan roommate. Macam2 yg kami share sama2. Tapi sayang, Ateena quit lepas 2 bulan pengajian. Dia tak tahan. tinggal lah aku, syue dan azira. Sampai satu masa syue bawak myrer atau nama sebenar Amira ke dalam bilik 1305 kami. 

Hubungan menjadi semakin rapat dari hari ke hari. Seronok kenal dgn diaorg. Banyak ajar aku itu dan ini, especially ajar aku english. Masing2 pelajar masscomm semester 1.   


Jangan di lupa, kerana Tun Puteri lah aku abadikan nama blog ni 'Bagaikan Puteri'. Sebab aku mula menulis blog masa aku di sini, Tun Puteri. Bukan tak da niat utk tukar kpd nama yg lebih sedap. bagi aku Bagaikan Puteri memberi seribu satu makna yg mendalam dalam hidup aku. Sampai ramai kawan2 aku ckp aku ni princesses wanna be. Semua nak ala2 princesses. Tapi this is me! 

Semester 1 - Masa ni semua blurr, nak buat assignment pun tak reti. Satu apa tak faham, dan sebab ni lah yg membawa aku utk kenal dgn Mr. Yes I Do. hehe.. ok hentikan. Lamunan dah kemana dah ni.  Subject yg paling aku tak suka intro to mass media. Aku sampai sekarang tak faham. Tapi alhamdulilah aku habis dgn jaya nya, walau tak dekan tapi aku sendiri terkejut dgn result aku. Bermula semseter satu sampai habis, aku rapat dgn org kelantan ni. Semua aku dgn dia. Sampai org kata kami kembar. Aaa hakkk.. nnti aku story pasal dia.  

Semester 2- pulak tak ada apa yg menarik selain terpaksa belajar Sociology yg aku tak faham apa kaitannya. Sampai aku tak faham apa2 walau masa aku di kerusi di dewan exam final. Tapi ada subject yg best CMP, dimana kami kena pakai formal berkasut tinggi utk perempuan. Communication Managemnet ni mendidik kami utk feeling2 mcm manager kat office. ha gitueee

Semester 3- ha,, ni semester yg paling susah, banyak subjek yg berat. Ada PR ada Psychology. Tapi alhamdulilah Aku berjaya lah jugak habis kan tanpa repeat mana2 paper. Sem ni aku paling suka kelas PR. Sgt2 suka! Sebab banyak pengalaman yg Lec kongsikan, 

Me and Nabila with Ustazah Firus. Part 4
Semester 4- Semester ni best, walaupun kena design macam2, tapi ada subject Journalism dan Modern Issue. Antara kelas2 yang aku tak sanggup nak ponteng. Aku suka sgt dtg kelas masa ni. Jgn lupa, semseter ni kami kena belajar economic. Walaupun yg basic saja, tapi economic was so fun bila lecturer yg bagus ajar. Semester ni lah, aku kenal dgn Mr. Bruno Mars. Igt dia lagi tak? Sekarang di belajar di UiTM Merbok. Aku lupa dia amik apa. Tapi dia dapat jadi MPP. Tapi aku tak tahu jawatan apa. Ok. Dan sebab dia jugak lah buat aku semangat nak g kelas hari. Dan hari2 dgr lagu Bruno Mars. Sebab dia lah aku mcm gila bayang kejap. Kejap je lah! Semester ni jugak lah, result aku naik mendadak. 

p/s, Mr. Brono Mars, kalau awak ada baca blog saya. Saya wish good luck ye pada awak. 

Semseter 5- Semester ni aku duduk luar. No more Tun Puteri. Duduk dengan semua org kelantan yg baik hati. Masa ni aku ada kereta. My Lovely Kenari, so much memories. Aku sedih je, kenari lah tempat aku, aku tension je, aku akan masuk dalam kenari. Kadang2 study pun dalam kenari. Semester yg paling sukar sepanjang aku belajar. Aku putus dengan Cik Abang Sayang. Ditambah pulak dengan subject yg berat berkilo-kilo. Tapi aku suka subject Event Management dimana kami kena buat proposal utk weeding Liyana Jasmay, secara tidak langsung membenarkan aku feeling2 organise weeding sendiri. Communication Research yg diajar oleh Ms Wan. Ohhh Goddd.. Aku tak pernah ponteng kelas dia, aku selalu datang awal. Sebab bagi aku setiap apa yg dia cakap adalah sgt berharga. Dia antara lecturer yg sgt ikhlas dalam mengajar selain Ms Shafi. And, aku dapat A utk subject ni! Walaupun aku punya result jatuh, tapi aku ttp puas hati sebb aku boleh walaupun terpaksa bersengkang mata utk study Advertising yg sampai mati aku ckp antara subject yg susah. 

Semester 6- Semester yg sgt holiday utk semua org. Kelas cuma 2 kali seminggu. Tenang je. hari2 layan movie. Semester ni sgt senang utk kami. So zero pressure! Smester ni aku dapat result yg sgt bagus! ok bye!!!!

Aku makin hari makin berani dalam melayari hidup aku sebagai pelajar. Di kelas Mc 110 F! banyak beri aku pengajaran. Ajar aku erti hidup yg sememangnya tak akan dapat di sekolah. Dapat lecture yang berpengalaman. Kawan2 yang baik. Yang banyak bantu. In terms of assignment, cover kalau datang kelas lambat, dan bagi jawapan masa exam. Coverkan bila nak tiru. Cover baik punya bila kantoi salah masa buat presentation dan banyak lagi. Ni kehidupan masa diploma, di institute pengajian tinggi yg cuma akan ada di sini. 

Kawan rapat masa aku diploma, selain roommates. Aku rapat dgn Nabila. Kawan kelas aku, ke mana saja aku pegi, dia mesti ada. Dia je teman utk bergelak dgn aku, teman utk buat assignment. Kami mmg sebulu. Semua sama. Sedikit sebanyak aku selesa jugak utk kongsi dgn dia. Sampai bila org nampak aku sorg, org akan tanya, "kembar mana?". Tahap gila dia sama dgn tahap gila aku. Sampai satu tahap dia panggil aku Partrick dan aku panggil dia Spongebob. Kami terlalu rapat, sebab cuma dia saja yg faham mcm mana cara aku buat kerja. Which org lain tak!.


Setiap semester, ada naik turunya. Ada semseter yg aku perform ada semester yg aku jatuh tersungkur. Ada semester yg aku penat berjalan kaki ke kelas. Ada semester yg aku senang ke kelas dgn drive je. Setiap saat indah ni mendidik aku utk menjadi org yg sgt sabar. Aku mengaku, aku banyak berubah. Lebih matang dalam membuat keputusan.

Dari semester 1 hingga 6. Aku memiliki ramai org dalam mendorong aku utk terus kuat. One is Mak. Pernah ada ketika aku rasa susah utk belajar. Aku rasa down dgn tugasan yang banyak. Walau aku tak pernah kongsi apa2 dgn Mak due tu aku tak nak beban kan mak. Tapi sebab Mak lah aku tetap kuat, dan teruskan semua ni. Sebab Mak, bukan org lain.

Dan yg kedua adalah Cik Abang Sayang. Maaf kalau aku agak keterlaluan disini. Sebab he is no longer my Boyfriend. Tapi masa dia boyfriend aku, dia banyak bantu aku. Susah utk aku list kan satu satu, terlalu banyak. Dari semester 1 sampai 4 aku tak dibenarkan naik bus utk balik dari Melaka Sentral ke Alor Gajah. Dia lebih sanggup utk drive malam2 dari Seremban ke Melaka Sentral. Tido dalam kereta, pukul 5 pagi dia dah terpacak kat depan bus aku yang baru sampai dari Penang.

Kalau aku nak balik Penang pun mcm tu, walaupun aku cuma naik dari Alor Gajah. Ye semua tahu Alor Gajah dan Lendu jaraknya suma sekangkang kera. Tapi dia tetap akan datang all the way from Seremban, just utk hantar aku ke Alor Gajah. Serious aku tak tipu.

Dia sanggup utk drive malam2 datang rumah aku just utk tolong aku buat assignment. Just untuk drag video kat Adobe Premiere. Dia sanggup utk bawak aku balik Penang bila dia free. Cuma dia!

Pernah sekali, masa ni kami dah putus, masa ni dia kerja di Kajang. So aku demam, sakit tekak. Dia call aku, dia tanya aku boleh makan tak, then aku ckp aku tak boleh makan, so dia datang masa lunch hour just utk bawak aku ke McD Cheng utk makan bubur. Walaupun pada hakikatnya aku ada kereta, and aku boleh drive sendiri.  Tapi dia tetap dia. Tak pernah berubah sampai ke hari ni.

Sebab tu, walau aku dah putus dgn dia, aku masih tak mampu utk lupakan dia sepenuhnya. Sebab secara jujur, cuma dia saja lelaki yg benar2 jaga aku, amik berat pasal aku. Nasihat aku, Sedikit sebanyak, dia ttp kekuatan aku.

Maaf sekali lagi, mugkin ada yg berpendapat aku masih tak boleh move on! I am actually moving on, seriously. What can i say here, pasal aku dgn Cik Abang Sayang, dia masa lepas aku, kini aku sudah ada masa sekarang. Aku sayang masa sekarang aku, walau masa lepas banyak memberi kenangan. Tapi aku akn teruskan degan masa sekarang aku. Sebab pilihan ini aku yg buat. Walaupun aku belum pasti masa depan aku, aku akan tetap doakan yg terbaik. Siapa pun masa depan aku nnti, aku akan terima. Kerana itu adalah rancangan Allah.

Apa yg aku nak katakan kat sini, setiap kejayaan kita, bukan milik kta seorang. Bukan! Ianya atas bantuan banyak pihak. Jangan dilupa Allah.

Ingat lah apa yg aku pesan, susah mcm mana pun Solat jgn tinggal. Sebab yg nak bantu kita cuma Allah. Jadi mengadu pada Allah. Bukan orang lain. Lagi satu, buat baik pada org then org akan buat baik balik pada kita. Percaya lah, igt, walau hanya sebiji gula2 biasa, sekurang2nya kita mampu utk beri senyumam pada org lain.






Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me