Skip to main content

Raya Part 2


Assalamualikum,,

Semangat betul hari ni update blog, cekal pulak tu.. hee, bukan apa,, tak boleh tido, so update blog je lah, lagi pun selagi ada cerita yang tergantung pasal raya ni.. rasa tak puas. Hah, padahal takut habis syawal,, cerita pasal raya ni nanti dah tak hot. Sementara, gambar2 raya aku ni masih suam2 kuku,, baik aku share dgn korang cepat2. 

Well,,,memandangkan family aku ni pelik sikit,, susah sungguh nak dapat pakai baju raya sama colour, mesti ada yang x ikut tema, jadi kak ina sebagai penetus idea.. request kat abang aku untuk buat baju family. 

Kan sekarang trend baju I Am ni.. so semua setuju,, jadi kita org tempah lah,. Bab tempahan ni kak ina yang uruskan di Perlis. Ok lah jugak harganya,, berbaloi dengan kualiti baju tu sendiri. 

Mesti korang pelik kan,, gambar abang aku satu family tak ada masa first day of raya. Bukan abang tak balik raya kat penang, cumanya tahun ni giliran dia untuk beraya di rumah kakak ipar aku, jadi dia cuma datang beraya kat rumah aku kejap je. 

Tak sempat nak bergambar dengan dia masa first day tu. Sebab tu perancangan yang awal dan teliti oleh kak ina, dan kami sendiri sedia maklum yang memang susah nak dapat gambar yang perfect cukup lengkap semua family members. sebab tu lah timbul idea nak buat baju mcm ni.. baru lah angkatan tentera aku yang 7 orang tu semangat nak amik gambar. 

Masa hari raya ke 3, turn abang untuk beraya di rumah kami. So malam tu family sebelah arwah bapak aku datang beraya,, jadinya.. its a bbq time,,, and baju I Am as our uniform.  


Sebab, baju I Am ni org biasa letak nama sendiri.. so kami letak panggilan dalam family kami.. baru sweet!


Aku tanya kakak,, kenapa amik pose mcm ni dgn abang,, tak malu ke? so dia jawab "heyyy... kakak pun nak manja2 dengan abang jugak". And i was like... weiiii geli ok!


3 teruna, sorang dara




Another deep meaning dalam gambar ni.. masing2 bawak character dalam gambar. 

2 teruna, seorang dara

Firdaus best pose,, kalau dia cakap pun dia selalu buat tangan mcm tu..

Anak dara Mami Hasnah



Aku dan kak ina, masing2 sedar, sejak bapak meninggal 14 tahun lepas.. kami adalah keutamaan mak. Apa yang mak buat dalam masa 14 tahun ni.. semuanya untuk kami. 


Mak punya penasihat..

Kita ada penasihat kewangan, penasihat perhubungan awam, penasihat keagamaan dan penasihat kaunseling 

Semua tengok kak ina
Aku masih terkesan,, sebab aku pasti dan yakin,,, masa nya akan datang untuk kak ina bina hidup sendiri,, untuk kak ina move another step ke depan untuk ada suami dan keluarga sendiri. Sebab jodoh ini antara rahsia Allah.. mungkin tahun depan atau nanti.. corak gambar family kami akan berubah. 

Aku: oh ya!! nombor giliran mi lambat lagi.. Everyone: Ye ke ni?????

Yang paling kami sayang.. Dunia Akhirat



Sebab jarak umur yang terlalu dekat, buat kami terlalu rapat. Gila tak gaduh,, mesti gaduh jugak. Sungguh,, baik ngaku awal2, aku takut kalau nanti,, dia kahwin,, dan aku bukan lagi di carta tertinggi dalam hati dia. 

5 lelaki, 2 perempuan
Allah titipkan kasih sayang 7 jiwa ini dalam hati aku. Kalau nanti aku mati sebelum punya anak atau suami.. aku sudah punya 5 lelaki untuk usung jenazah aku sampai ke liang lahad. Dan aku punya 2 orang yang boleh mandikan dan seterusnya urusakan jenazah aku tanpa dedahkan aurat aku pada org luar. Alhamdulilah. 

Sungguh, kalau keutamaan hempa semua mugkin pada buah hati, bakal suami atau encik tunang.. pecayalah.. kasih dan sayang aku masa ini khas buat 7  kesayangan aku. 


jiwa raga hamba



Firdaus hilang dalam gambar ni



Nice pose from abang and his heroes. 




with our one ang only sister in law

My Future Bridesmaid 

Sebab bergambar dengan baju kurung dan baju melayu bersamping terlalu mainstream, jadi family kami bawa kelainan untuk raya tahun ni. Jangan risau,, kami masih mengekalkan adat timur. Lagipun ini sudah raya ke 3... harap tak ada yang iri hati ya. Kita punya hak masing2. Jadi hormati lah ya.. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin


Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me