Skip to main content

My Love Story part 2

Well, hidup sebagai student part 6 UiTM Melaka ni, terlalu banyak masa yang terluang, sgt banyak, sampai tahap gaban dah punya bosan. Sekejap ja kan, kita dah di hari2 terakhir dalam tahun ni. Masa tu berlalu cepat sungguh. Diam diam, dah nak masuk tahun 2013.

Dah hampir 5 bulan rupanya aku memegang status single. Alhamdulilah, selama 5 bulan ni, aku mampu untuk teruskan hidup tanpa Cik Abang Sayang. Dia pun sama, masing2 matang dalam menerima kenyataan. 

Tapi yg aku pelik, org sekeliling kami masih mempersoalkan keputusan yang dah dibuat. Ada juga yg masih tak percaya, katanya aku menipu. Alahaiii,, apa guna nak menipu status ni. Sejujurnya aku dan Cik Abang Sayang dah lama memebawa haluan masing2. 

Ada sampai inbox aku di FB minta keteranggan lanjut tetang hubungan aku dah Cik Abang Sayang. Nak aku jelaskan dengan terperinci apa punca kami putus. Kekadang rasa mcm aku ni artis pulak, bila issue ni di besar2kan. Aku terima, org di sekeliling aku amat mengambil berat tetang kehidupan aku. Terima kasih banyak2.

Ok, entry ni, aku akan cerita pasal hidup aku dan Cik Abang Sayang selepas kami putus. Kami masih berhubungan, kalau dalam seminggu tu ada lah sekali dua call. Cuma untuk bertanya khabar. Hampir 4 tahun, dan hampir tiap2 malam dgr suara dia. Lepas tu putus, tak no phone, rasa lain juga,, perasaan rindu pastinya mengausai diri ni. Jadi call lah untuk lepas rindu. Hehehe..tapi tak lah bersayang2 mcm dulu, panggil saya awak saja. Rasa pelik juga pada mulanya, tapi kena biasakan diri, untuk sentiasa berigt yg kami dah tiada apa2. Text pun jarang2. alah, lagi pun masa couple lagi kami mmg jarang text ni. 

Mcm aku pernah cerita di entry sebelum, aku masih belum ada pengganti, dan aku sendiri tak nak. Cik Abang Sayang pun tak ada girlfriend baru. Dia kata, dia nak cari duit dulu, tak nak fikir pasal bercinta2 semua ni. Betul tak awak? (saya tahu awak akan baca entry ni). Tapi kalau dia ada pun aku tak kisah, asalkan dia bahagia, itu pun dah cukup gembirakan aku. 

Secara keseluruhan kami dah selesa teruskan hidup mcm ni. Aku ada destinasi yg ingin aku tuju. Dia juga dah ada agenda tersendiri. Katanya nak kupul duit banyak2, ye lah nak masuk meminag anak dara org, bukan senang.

Satu kebaikan tentang Cik Abang Sayang, dia tak pernah putus asa dalam menambat hati aku semula. Dia kata, dia terima kalau kami putus, tapi dia tak akan terima kalau dia tak cuba peluang yg kedua. Dia tak kisah kalau aku bukan kekasih dia,, tapi dia akan usaha untuk jadikan aku isteri dia. 

Dalam soal nikah kahwin ni, aku tak nak ulas panjang2. Aku akan terima sapa saja, asalkan dia layak utk jadi suami yg bertanggungjawab. 

Aku sgt berharap yg issue aku putus dgn Cik Abang Sayang ni tak di besar2 kan. Ramai yg marah aku sebab buat keputusan melulu katanya. Aku pasti dgn keputusan yg aku buat. Aku tahu apa yg aku mahukan utk kehidupan aku. Aku percaya, keputusan yg aku buat adalah keputusan yang terbaik. Ada yg kata, "4 tahun tu bukan jangka masa yang singkat, kenapa buat keputusan selepas 4 tahun, kenapa bukan dari dulu lagi???" wahhh dgn marah sekali nadanya. 

Jawapannya, Sebab waktu dulu aku belum matang untuk pilih jalan yg terbaik untuk aku,, bukan niat utk aku ckp yg bersama dia hidup aku akan musnah! tidak sama sekali, bersama Cik Abang Sayang, aku tak pernah menyesal mengenali lelaki seperti dia. Aku sendiri tak pernah impikan untuk menjadi ratu di hati dia. Ya, aku dah lepaskan seorg lelaki yang skrg mmg susah nak jumpa jenis yg mcm dia. Tapi aku percaya ada cahaya disebalik kegelapan ini. 

Aku putus dgn dia atas nasihat mak aku, alhamdulilah aku dapat terima. Kalau mak aku suruh aku putus masa aku 17 atau 18 tahun. Mesti aku memberontak, nasib baik aku tabah, Cik Abang Sayang pun banyak nasihat, dia kata "tak pa awak, kita doa banyak2 yang satu hari nanti kita kan bersama sebagai suami isteri" 

Kalau kami yg menanggung perpisahan ini matang dalam menerimanya, kenapa bukan org yg mendengar atau yang melihat? Kami sendiri yg merasai perpisahan yang kami sendiri putuskan. Kami sendiri pun dah sepakat, kami akan terima saja apa yang berlaku nanti, kami akan terima kalaupun kami tidk bersama. Aku sentiasa doakan kebahagiaan dia. 

Pasti semua tahu, aku buat blog ni dulu pun utk berkongsi kisah romantik, suka duka aku dgn Cik Abang Sayang. Bila dah putus ni, aku tak akan berhenti untuk kongsikan cerita aku dgn dia juga. Aku akan abadikan kisah cinta kami di sini. Itu janji aku.! 

Note for Cik Abang Sayang: saya mintak maaf kalau keputusan yg saya buat 5 bulan lepas kecewakan awak. Tapi terima kasih sebab awak sentiasa bersama saya walaupun kita dah putus. Sampai bila2 pun saya akan tetap sayang kan awak. Saya rindukan awak. 


with love. 

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me