Skip to main content

Permata yang PERGI

Bismillahhirahmanirahim,
Assalamualikum Semua

First of all,, kita sedekahkah Al fatihah utk Arwah Atuk Bekas Cik Abang Sayang yang baru menghembuskan nafasnya yang terakhir tengah hari tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sepatutnya entry ini di tulis pertengahan bulan November lagi, tapi disebabkan aku memerlukan masa yang banyak untuk buat research, khas utk entry kali ni. Aku tak mahu ada sedikit pun kesalahan fakta dalam entry kali ni.. Agak lama juga utk aku buat research. Harap2 apa yg aku jumpa ni bermanfaat utk kita semua.

19.11.12. Kelaurga aku dikejutkan dengan berita pemergian Muhamad Nizwan Afiq. Anak kepada sepupu aku sendiri. Arwah baru berusia 11 tahun kalau tak silap aku. Mcm mana nak start eh??

Afiq adalah insan yang paling istimewa dalam kelaurga besar aku. Sangat istimewa. Aku masih igt dia di tahun pertama kelahiran dia. Ya Allah, sangat aktif. Sgt comel. Bila usia dia menjangkau 1 tahun, dia demam panas, dan dari situ,, keadaan dia agak kritikal. Ada sesuatu yang berklaku pada otak Afiq akibat hentakan yg kuat, sebab dia jatuh, (sorry i was so small on that time, rasanya aku baru sekolah rendah, not to understand about this at all) Seterusnya, setelah segala usaha di buat, pelbagai jenis rawatan alternative. Afiq terlantar di atas kerusi sehingga akhir hayat dia. Dia cuma minum susu. Tak mampu bercakap, tangan dan kaki jadi keras.

Selama lebih 10 tahun begitulah keadaan dia, aku tak pernah dengar apa2 sungutan dari mana2 pihak utk menjaga arwah. Walaupun dia tidak bermain seperti kanak2 lain, tapi seperti yg aku katakan di terlalu istimewa buat kami. Walaupun cuma akan dengar tangisan dia bila dia nak buang air besar. Ya itu sahaja.

Kehilangan dia adalah diluar jagkaan kami semua. Tapi siapa kita untuk menghalang ketentuan yang maha Esa? tepat 5.30 petang, afiq menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas pangkuan ibunya. How sweet is that? He want to end up his life while looking at his mom.

Seperti yang kita semua sedia maklum, kanak2 yang meninggal sebelum cukup umur akan ditempatkan di dalam Syurga. Sesudah mayat dimasukan kedalam kubur, dia akan terus angkat ke syurga. While looking at  jasad Afiq yang terbaring malam tu, i was thinking, bila di syurga nanti pastinya dia akan bermain dgn kanak2 lain, berlari, bercakap. Allah akan beri kesempurnaan itu di atas sana buat Afiq. Hati aku berbisik, 'bermain lah sepuasnya, sementara menunggu ibu dan abah nanti ye'.

Bila selesai arwah dikebumikan pada jam 11 (20.11.12), aku pun balik ke rumah (penang) pada 3 petang. Selesai solat, aku terus buat research, nak mencari bagaimanakah perjalanan permata kecil Afiq ini di alam sana, pastinya berbeza dengan yang lain betul?

Ini adalah hasil kajian aku, dari beberapa blog yang kebanyakannaya, penulisnya kematian anak,

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)


Pastinaya Afiq sedang seronok bermain dia atas sana kan? InsyaAllah,, ibu bapa yang kematian anak kecilnya akan diamasukan kedalam syurga. 

Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: 'Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:'Ya.'

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban.

tapi dengan syarat ye....iaitu ibu bapa menerima pemergian dgn hati yg rela...dgn hati yg ikhlas...dengan ketaqwaan kpd ALLAH ..yakni anak yg dikandung dan dilahirkan milik ALLAH jua....tidak boleh merungut...contoh " kenapa Tuhan amik anak aku, kenapa tak amik anak org lain"...atau meronta-ronta seperti hilang arah....maka berhati-hati lah dengan rintihan yg menyesatkan ini kerana ia kerja Syaitan ..jika ingin mendambakan syurga, maka sentiasalah redha...boleh menangis kerana Nabi juga menangis tetapi jgnlah merintih atau menyebut perkara yang bukan bukan...

"When we win and succeed, we never ask GOD, why me?
So.... if we in pain and going through tough times, we also shouldn't ask GOD, why me?"

ini adalah quotations seorang ibu yang juga kematian anaknya... Aku tahu mmg sukar utk terima kehilangan ini, tapi kita kena tabah,, jangan pernah buruk sangka pada Allah. Semua yang kita ada ini adalah milik Allah. Siapa kita untuk mempersoalkan ini semua? Kita bukan siapa2, terima dengan hati yang terbuka, pasti ada hikmahnya kelak. Semoga keluarga Afiq tabah menerima ujian dari Allah ini. 





p/s Maaf jika ada kesalahan fakta didalam entry kali ini, Saya menerima sebarang teguran juga penambah baikan. Terima kasih atas luang masa untuk membaca, 

For arwah Afiq, Berlari lah sepuasnya wahai sayangku, 

Al-fatihah... 

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me