Skip to main content

Bride To Be - Persiapan

Assalamualikum,


Maaf lah lama betul tak update blog,, macam-macam yang jadi for the past few days sampai aku perlu masa yang banyak untuk rehatkan otak. Ditambah pulak dengan due date hantar research yang tak lama lagi. Tapi tak apa,, sebab alhamdulilah, aku almost siap dengan research tu. Doakan aku dapat grad degree pada masa yang ditetapkan ya.. harap sangat..

Seperti yang dijanjikan, untuk entry kali ni aku nak cerita pasal few persiapan yang aku dah buat untuk tunang dulu. Biasa lah,, mula2 cakap nak buat simple mimpel je.. tapi end up rasa mcm mega jugak.

Untuk yang nak bertunang atau nak kahwin,, yang paling pening adalah baju dan hantaran. Itu adalah keutamaan yang buat aku pening nak fikir. Tapi mak selalu ckp,, "tak apa,, kita get ready awal,, nanti tak rushing"


1. Baju dan Tudung.
So rasanya bila dah tetap tarikh bertunang tu,, aku dan mak mula misi pencarian baju dulu... sebab aku tak tetapkan tema apa2.. rasa mcm otak kosong bila orang tanya pasal tema..serious aku tgk semua warna aku rasa cantik.

Aku ckp kat mak, kalau nak pilih baju,, aku tak nak mcm betul2 pengantin.. nak yang simple, aku cuma nak bila org tengak.. orang senyum itu saja. Biar bila depa pandang aku.. mata jadi sejuk.. amboi.. maknannya.. nak something yang tak terlalu heavy untuk aku pakai.

Jadi mak cadangkan untuk beli saja baju tunang, beli kat butik biasa pun dah cukup.. sbb mmg aku nak yang simple. So mak bawak aku ke satu butik kat Kulim, sebab mak dah selesa dengan cara jahitan baju2 kat situ termasuk harga yang berbaloi.



Jadi bila kat butik tu mmg x da yang bekenan, tapi bila mak pujuk.. aku turut saja utk beli dress putih ni.. mmg x jangka utk pakai warna putih masa tunang sebab nak simpan colour ni utk nikah nanti.. tapi.. ermmm bedal saja lah.. Utk dress ni kalau kat butik yg ada aircond dan ada salesgirl yg akan tggu dan ikut kemana kita pergi harga dia lebih kurang RM250 (paling murah)

Tapi utk butik ala kadar yang cuma pakai stand fan dan salesgirl pun mcm kisah tak kisah je kita nak masuk... but at least aku dapat beli baju tunang aku dengan harga bawah RM200. Ok lah kan??

So lebihkurang lagi 2 minggu ke tarikh tunang,,, aku baru sibuk cari tudung.. nak tudung yang besar... yang senang nak belit2. So sebab cerewet.. pegi kedai.. beli kain.. jahit tepi.. Selesai.. !! dengan kos kain RM 50.


2. Hantaran
Sebab aku kena selalu ke Shah Alam untuk consultation pasal research aku, so aku ajak mak ke Nilai yang sedepa kera sahaja tu. Bukan nak beli apa2 pun.. just tu get the idea. Masa tu kami masih blurr nak buat apa utk hantaran. Nak beli yang dah siap ke.. nak sewa ke atau nak buat from A to Z.

Cerita hantaran ni mmg negeri sikit tau,, sebab aku memang tak pandai.. bagi harapan sepenuhnya kat mak untuk tolong aku. Ikutkan hati nak beli saja.. tak payah fikir apa2,, tapi mahal nak mati.! Bukan kedekut.. berjimat.. tak mau lebih2,, membazir.. duit tu ada banyak lagi kegunaan..

Bila kat Nilai 3, tu baru lah dapat idea nak baut mcm mana.. end up.. mak cakap nak beli terus sebab takut harga kat penang tinggi.. turutkan saja apa yang mak nak..


Untuk benda ni,, Ya Allah,, kat Nilai saja ada banyak kedai.. dalam banyak2 kedai tu paling mahal aku jumpa RM10 setiap satu bijik.. cantik kan.. tapi mahal nak mati.. Almost give up.. sampai kami ke satu kedai buruk yg duduknya kat belakang.. dan bukan tumpuan.. harga benda bulan ni RM10 untuk 3 bijik.. 

Mata aku terus membutang,, bersyukur sebab tak beli kat kedai yang mahal.. mak terus angkat benda ni 12 biji.. Aku rasa murah lah,, bila balik Penang pun masih belum jumpa design mcm ni,, dengan harga yang lebih murah. 




Ok.. kat Nilai cuma beli kerawang saja,, pelapik form dan pembalut kuning tu.. beli kat Kulim.. pun kedai tepi jalan.. harga tawaran pun jauh lebih murah dari harga kedia besar yang ada aircond. 

Kalau korang nak tahu,,, ni idea mak aku,, untuk gubah hantaran mcm ni,,, tapi balut form dan letak lace kat bawah tu mmg aku yg buat. kiranya aku lah yang buat... ha, gitu.. 



Sebab kami tak tetap berapa bekas,, so mak sediakn maximum lah,, 12 dulang.. yang gubahan bunga tu mak aku yang buat,, aku tolong tengok saja. 

Start dari pilih bunga kat kedai bunga.. kira dan bahagi sama rata utk setiap dulang.. emmang kerja mak aku.. aku dah pening dengan susun bunga ni semua.. tolong amk dulang dan susun dulang bila dah siap saja lah.. hihi.. Thanks mak


Ok selesai untuk dulang... atas pengiraan mak.. untuk dulang yang siap digubah, satu dulang jatuh RM18 saja. Kalau beli paling murah satu dulang RM35 paling mahal, RM300 untuk satu dulang.. ya aku tak tipu.. tak percaya pegi tgk kat Nilai,, tapi serious cantik wei. Kalau sewa pulak satu dulang RM15.

Untuk dulang hantaran ni,, seriously,, aku puas hati. Sebab daripada form tu bogel.. sampai cantik berbunga2,, semua tu aku tgk depan mata. buat sendiri kot.. kau rasa? ehhh.. bagi tahu Aizat pun dia terkejut mcm nak terkeluar bijik mata tau!

Basically hantaran siap 4 hari sebelum tarik bertunang.

3. Pelamin & makeup




Masa zaman berangan dulu,, aku mmg x nak pelamin bagai.. sebab alasannya,, kakak aku tunang pun x pakai pelamin bagai. So cadangannya nak sandar kat dingding saja lah.. tapi bila sembang dengan family members, kakak aku ckp, "mi, its your day, buat lah pelamin simple pun x pa,, kakak dulu memang lah tengok lah tahun bila kakak kahwin,, 1997 kot!


Memperkenalkan, kak Liza, dia ni kawan abg Yus suami kakak aku.. buat pelamin kecik2 kot2 dalam kampung saja.. aku tak kisah sgt bab pelamin ni.. ada ke x da ke sama saja..kalau nak tgk hasil dia,, kena tggu entry lagi satu lah ya.. hahaha!!! 


Masa ni rasanya first discussion dia dtg rumah utk tgk kawasan rumah aku,, termasuk nak bincang warna dan segala bagai.. tapi ok lah,, so far alhamdulilah.. harga yang dia bagi pun aku bersyukur sagt2. 

Dekat aku maybe dia bagi harga kasih syg kot.. tapi dia ada ckp yang kalau ambik pelamin kat dia dia x pernah letak arga lebih dari RM500. untuk aku sekali dengan makeup dia kira bawah RM300. ok lah tu.. tak payah nak over2 sgt,,, bertunang saja.. 

4. Photographer
Mula2 tu aku fikir nak suruh anak2 sedar akau saja yang ambilkan gambar masa tunang nanti. Tapi bila mengenangkan aku tak puas hati dengan hasil kerja anak2 sedara aku. so amik lah photographer.. untuk shoot and burn saja.. tu pun tak de outdoor sebab aku mmg x suka. 

Cuma nak ada org yg punya pengalaman amik gambar dengan hati yg ikhlas utk amik ambar dan snap seberapa banyak moment masa aku bertunang nanti itu saja. X print pun sebab aku dan Aziat sememangnya cerewat bab gambar ni,, kalau boleh kami nak buat sendiri. baru puas hati gamaknya. 

Harga yg photographer tawarkan mmg ada banyak pakeg.. tapi aku sengaja amk pakeg biasa,, nak test skill dia dulu.. so aku amk shoot and burn sahaja, RM250 untuk bertunang.. nikah sanding tu, kita cerita lain ok!

Sapa nak tgk hasil dia kena lah tunggu entry lagi satu.. baru gempak!


5.  Kursus Kahwin

Alhmadulilah,, aku dah pergi kursus kahwin.. tapi bab ni nanti lah aku cerita. Kita bukak satu entry khas utk kursus kahwin. Sebab banyak sgt yang aku nak cerita kat korang.. 

Yang penting aku dah pergi kursus kahwin sebelum tunang, tu je nak bg tahu,.. ok bye.. 




Untuk Bride To Be yang lain,, persiapan ni adalah masa genting yg perlukan kita punya kuasa utk buat semua benda dan arrangekan semua benda sumbat selagi mampun mcm tahu sumbat betul? 

So nasihat aku satu saja,, sometimes ada few thing yang kita perlu ikut cakap dan nasihat keluarga. Memang hari tu hari kita,, semua kena ikut cakap kita.. but korang semua kena igt.. kita nak kongsi moment berharga tu dengan family kan? so ikut saja cakap diaorg. 

jadikan diaorg sebagai keutamaan,, apa yang kita nak,, kita usulkan.. tapi bawak berbincang.. and kena igt sampai bila2,, tak semua benda yang kita impikan masa wedding day or enggagement day kita akan dapat.. there still few things yang kita kena delete atau tambah.. bergantung pada masa dan keadaan. 

Dont stress your self.. pujuk hati dan fikir.. "apa pun jadi aku tetap akan kahwin jugak kan".. cehhh aku selalu fikir benda ni.. motivate yourself . Aku harap sgt, entry2 aku akan bagi banyak manfaat utk korang. 


Your Truly Bride To Be
xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me