Skip to main content

Bride To Be- Pre Wedding #menjelangjanuari


Assalamualaikum

So sorry sebab ambil masa yang agak lama untuk update pasal pre-wedding ni, Hujung minggu lepas kan cuti panjang untuk orang Kedah, as husband cuti, akak pun kena lah cuti dari semua benda kalau tak ada yang merajuk, buat muka muncung sampai ke Johor sana.

Any way, kita terus ke pre-wedding lah, aku dan Aizat dah setuju untuk hire photographer ni seawal bulan 10'2015 lagi. Cerita pasal photographer ni memang panjang dan sangat menduga kesabaran dalam buat preparation wedding kami. (psal tu nanti aku cerita ya)

Nama photographer ni Am, dia ni kawan Aizat. So yang menarik pasal dia adalah kita jumpa and dia tanya apa yang kita nak dalam package, then baru dia kasi harga. So bila tengok portfolio dia, aku agak puas hati jugak dengan kerja dia. 

Aku dan Aizat propose untuk nak dia cover 5 event ni- pre wedding, nikah, sanding, bertandang dan post wedding. Album untuk nikah, sanding dan bertandang sahaja. Pre wedding dan post wedding dalam soft copy sahaja. 2 printed canvas saiz rasanya lebih besar dari A1. 

Untuk semua ni, dia kasi harga RM2000. Murah kan, so aku dan Aizat rasa he is the one lah untuk photographer wedding kami. 

Sebelum shoot, Am ada mintak kami baya deposit untuk dia lock date nikah, dan bertandang. So Aizat dah bank in Rm500 untuk dia, ada baki lagi RM1500 yang akan di bayar peringkat by peringkat. Untuk pre wedding ni, kami pilih kawasan sekitar town Island penang. Am yang decide untuk kami pakai baju warna putih. Memang trend pun masa untuk pakai baju2 yang simple. Take note ya, aku tak makeup pun untuk pre-wedding.   






















Malas nak cerita panjang untuk sesi ni, sebab mula aku dan Aizat happy tau untuk soot pre wedding. Tapi Am ni buat kami tak selesa sebab dia tak bagi tahu pada kami apa yang dia nampak sebagai photographer, dia cuma arahakan ke kiri, ke kanan, buat2 borak dan sebagainya. 

Sampai satu tahap aku rasa shooting ni untuk dia bukan untuk kami. Dia terlupa tanya kami sama ada kami selesa atau tak dan sebagainya. Sepanjang hari di Penang masa tu memang tak selesa, rasa tak sabar nak habis kan shooting ni. 

Aku tak ada niat untuk buruk2kan sapa kat sini, cuma nak cerita pengalaman dan pandangan aku sahaja. Selesai shoot hari tu, itu pun sebab Aizat yang cakap sudah sebab tak selesa. So, dia janji untuk bagi gambar pada aku dalam pen drive. Tapi memang susah sangat nak mintak. 

Rasanya dalam tiga ke empat minggu untuk dia kasi pen drive pada aku. Dengan Aizat dia cakap lain, dengan aku dia cakap lain. Sampai kami jadi geram dan meluat dengan attitude dia. 

Bila tengok gambar pun aku jadi berang, ada yang over expose, ada yang focus lari pada pokok bukan kami, blur tu toksah ckp lah. Total gambar yang ada dalam pendrive tu dalam 600 keping. Banyak kan? macam banyak gila, tapi kalau satu position pun dia snap sampai 10 keping apa cerita? 

Dan dalam 10 keping tu, kadang2 satu pun tak perfect. Being me, aku ni sejenis orang yang cepat berterus terang. Aku terus contact dia, and honest! Aku cakap pada dia "Am, mimi tak pasti mata mimi yang tak betul atau laptop mimi yang rosak, tapi rasanya gambar yang am bagi kebanyakannya hilang focus, blur, over expose dan banyak lagi" then dia ckp tak apa, sebab gambar ada banyak, so mesti ada yang cantik. 

Aku sambung "mimi sengaja tak bagi tahu am, yang mimi belajar ambil gambar pakai DSLR, mimi ada banyak pengetahuan dalam bidang ni, cuma malas nak tujuk, sengaja nak tengok hasil kerja Am"

Dia naik angin bila aku comment hasil kerja dia, so, yeah... dia bagi tahu Aizat aku ni cerewet, yes I am, sapa sahaja yang kerja dengan aku untuk wedding preparation ni memang tahu yang aku memang super dupper cerewet. Because,,, Hello! its my wedding, i want it to be zero mistake.

So dalam banyak2 gambar, ini sahaja yang cantik dan sedap mata memandang, yang lain memang buruk. BTW malas nak pikir banyak2 pasal ni. Nanti insyaAllah aku akan kongsi kisah seterusnya pasal photographer kami. InsyaAllah untuk preparation seterusnya aku akan share pasal kad jemptan pulak. 


Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me