Skip to main content

Bride To Be- 24 hours before tie the knot #menjelangjanuari


Assalamualaikum

As promised, hamboiii.. satu hari up terus 2 entry. maii goddd... nampak sangat nak cover sebab dah lama tak update kannn.. hahaha

Ok, as aku mention kat last entry, kali ni aku nak shae 24jam sebelum aku nikah,,, yesss the best moment for me. kalau tak silap aku, 2 hari sebelum nikah aku dah tak keluar rumah, bukan sebab ikut adat ke apa bnda.. sbb kat rumah pun banyak kerja kena urus... hahaha.. adehhh!!! 

So 15.1.2018 hari Jumaat, aku cuma keluar dengan kakak ke KTM station untuk ambil 2 ketul best friend aku yang akan jadi bridesmaid aku, rasanya around pukul 11 lebih kot diaorg sampai. Ingat lagi aku masa ni, depa sampai je teus kena tolong aku angkat hantaran sebab nak guna meja untuk makan. time ni kat rumah dah penuh dengan kawan kak ina, zee, syue, kakak punya family and family abang. Ingat lagi aku mak masak nasi ayam.. tapi masa ni memang tak boleh makan dah weiii,, bukan nervouse ke apa.. just dah tak selera nak makan sebab fikir banyak bnda. 

Aku ingat lagi, bnda paling last aku lupa beli,, hahaha inner tudung!! soo habis je makan tengah hari aku nak keluar p beli inner, tapi mak dengan kakak tak bagi.. so kak ina yang keluar belikan inner untuk aku.. aduiiii.. ni paling lawak lahhh!!!



Zee dan Syue, sempat lagi selfie dlm train kannn.. masa ni ETS baru lagi,, soo dua ketul ni na try lah kononnya!!! 

Habis makan tengah hari aku lepak-lepak kejap dengan zee and syue, pastu dua ketul ni nak tidur.. so aku amik masa sikti untuk borak dengan mak, dah tak ada apa dah yang nak buat,, just sembang-sembang je.. 2 jam sebelum masuk asar, aku ingat lagi masa ni!

Aku potong kuku, bersihkan kaki aku sebab lepas asar aku nak kena pakai inai. Habis selesai je potong kuku aku mandi, lama jugak lah aku mand tu.. then aku solat asar. Time solat ni aku dah rasa sikit nervous, aku dah mula mintak Allah permudahkan semua urusan aku esk. nak hilangkan nervous tu, aku banyak selawat. Fuh!! dah start ketar!




Sampai je si Misya ni, aku dah nervous dah weiiii.. time tu lah baru aku pilih design inai yang aku nak, hahahah... sangat lawak! service si Misya ni memang best! Mak aku yang cari dia. Ok lah sebab dia charge murah sangat! Untuk pengantin total RM40 sahaja, yang macam design Zee tu baru RM10. Korang p lah cari kat mana pun, mana ada harga semurah tu kan.. Alhamdulilah, rezeki aku! Puas hati kot dengan design dia.. 

Rasanya sampai Maghrib jugak lah baru selesai semua orang punya inai, ramai jugak yang buat, aku pun dah lupa dah.. hahaha.. tapi masa aku solat maghrib tu dah selesai dah lahh!! 


Ni baru separuh design inai aku, nanti dah kering baru dia tambah.. sebab ikut aku aku nak cam ni je,, tapi mak suruh aku tambah sikit lagi design... 


Habis je solat maghrib, kita org semua pegi dewan utntuk rehearsal dan tengok pelamin. Aku ingat lagi masa ni inai aku tak kering lagi, Zee dan Syue yang tolong pakaikan baju dengan seluar untuk aku. Sebab semua org dah sebuk, jadi Zee dan syue banyak tolong aku, nak bawak aku ke dewan pun tak kasi aku drive, diorg yang drive.. heee... 

Rasanya habis rehearsal, sound check dan tengok pelamin tu dalam pukul 12 lebih jugak lah selesai. Kitaorg terus balik rumah, sebab esknya aku nikah pukul 9 pagi. Masa ni Zee dan syue ajak aku tidur sekali tapi aku tak nak, aku nak tidur dengan mak aku.. so diaorg faham.. hehe

Bila balik rumah, aku cuci inai aku and aku solat Isyak, masa ni memang aku ambik masa yang lama atas sejadah... tak ada apa lagi yang aku mintak, aku cuma mintak Allah bagi ketenangan pada aku, berkati majlis nikah aku permudahkan semuanya. Nangis jugak lah masa ni, the moment with your creator. Sebab semua ni dari Dia. Aku mintak Allah jaga hubungan perkahwinan aku dengan Aizat.. 

Semua peasaan ada masa ni, sedih, happy, takut semua lah!! nak cerita pada siapa lagi kalau bukan pada Allah SWT? Aku ni memang jenis main-main, tapi masa solat isyak last sebelum nikah memang rasa dia lain macam weiiii.. serious tak tipu!!!

Masa sebelum tido tu, sempat jugak lah kak ina sakat aku, sebab aku tido sebelah mak,, the whole night, mak pegang tangan aku. huuuuu sebak weii. Aku tahu bukan senang nak let go anak untuk kahwin, maybe mak pun mixed feelings jugak masa tu, cumanya mak tak communicate, mak just sentuh aku.. tapi rasa weiii.. gila tak rasa! 

Esoknya, pukul 6 pagi mak dah bangun, rasanya aku tido lagi, walaupun mak dah kejut aku (Aku kan susah bangun) tapi dalam pukul 6.15 zee kejut. "mie, bangun 6.15 dah.. pegi mandi, i pun nak mandi dah ni" 

Habis aku mandi, aku solat subuh,.. habis aku bagi salam, syue pulak datang dari jauh dah panggil aku "mie,,, miee" aku diam je.. bila dia sampai kat tempat aku solat.. dia cakap "mie, i dengan zee dah siap.. kitaorg tunggu u kat bawah, cepat dah dekat pukul 7" aku cuma angguk kepala , terus dia pergi..  

lebihkurang 10 minit aku masih berdoa, last talk dengan Allah sebelum aku kahwin,, haaa.. masa ni lagi macam-macam aku mintak, i want the very best on my marriage. Masa ni dah tak kisah pasal wedding tau, tapi dah fikir pasal my life after that. Aku nak Allah restu setiap satunya.. 

Bila turun bawah, semua dah siap, syue dah pegang baju aku, Zee dah sibuk masukan barang yang lain dalam kereta. Yes,, aku makeup di dewan.. Zee dan Syue akan bawak aku. Family aku akan bersiap di rumah. Call time aku untuk makeup pukul 7.30. Habis je aku pakai contact lens, mak suruh aku makan.. bihun putih.. hahaha.. aku dah tak leh telan weeeiiiii!!! Aku dah tak cakap banyak masa tu.. sebab suara aku mcm dah hilang.. nak diam sambil selawat je.. 

So kak ina bungkuskan bihun untuk aku. Rasa mcm tuan puteri, sebab aku tak perlu bawak apa2, sebab semua dah siap untuk aku.. aku just pakai jubah, habis makeup nanti baru nak tukar baju.. 

5 minit sebelum aku pergi, aku salam semua org,, fuh!!! nervous weiii.. cuma aku cover..!! Salam mak lah paling rasa sekali.. rasanya mak cuma kata, "p baik-baik, satg mak p" aku ok jeee!!! sbb dah tak boleh ckp apa dah.. hahaha


Aku tak ingat sapa yang drive Zee atau syue.. hahah.. adoii,, tapi makan jugak weii bihun goreng mak buat.. untuk lapik perut! tapi makan tak banyak lahhh!! time ni lah rasa nakkencing lahh,, nak berak lahhhh



Sempat lagi abang snap gambar aku sebelum kita org gerak pegi dewan. Sampai je dewan, aku terus ke toilet ambik wuduk. dalam 5 minti lepas ambik wuduk Kak Mazlina pun sampai sooooo punctual!! Time tu zee and Syue sibuk susunkan hantaran aku atas stage. 

Sebab tak ada kawasan yang proper untuk au makeup, kak mazlina suruh aku baring atas lantai.. sooo nervous aku pun hilang sikit sebab dapat baring.. rasa tenang sikit lah masa tu.. dekat-dekat nak habis makeup.. mak pun dah sampai.. dari jauh aku dengar yang mak ckp rombongan lelaki dah sampai.. wahhhhh.... 

Part paling nervous, masa kau nak pakai shawl,.. nak tahu kenapa? ni first time aku pakai shawl.. aduiii. nasib menjadi tauu.. masa aku nak cucuk pin tu, aku pandang kak mazlina aku ckp "kak, ni first time mimi pakai shawl" pastu dia kata "tak apa, kak tolong" risau gila shawl aku tak jadi weiii.. takut burukkk!!! 










Fuuuuhhh.. masa ni nervous dahhh.. aku jenis nervous tapi tak de lah ketar atau gelabah.. cumanya hang jangan expect untuk aku senyum lahh.. memang cuak gila masa ni. Tapi yang bagusnya Kak Mazlina ni jenis yang tenang.. soo sedikit sebanyak, di atarik aura cuak pengantin.. rasa relax je bila dengan dia. Padahal masa dia pakaikan veil ni, semua dah sibuk panggil aku dah... tapi dia relax jee dnegan teliti pin kan veil aku cantik-cantik




Kalau korang nak tau, masa ni zee dengan syue tengah sibuk pakai kan sock untuk aku, sebab aku dah tak sempat nak pakai.. sambil kak mazlina buat final touch up lipstik aku.. time ni lahhh cari kasut tak jumpa.. rupanya terlupa nak keluarkan dalam kereta.. aduhhhhh!!! hehehe.. 




Honestly masa ni aku dah tak fikir apa-apa, cuma rimas sebab semua push aku untuk cepat sebab tok kadi nak cepat.. and rimas sebab cameraman dok kalut ambik gambaq.. hahahaahah.. mcm nak kata jaaa.."hoii hang boleh diam sat dak? aku nak pakai lipstik ni,, hilang focus" as usual, aku cuak.. soo aku diam jee.. pekak kan telinga and focus pakai lipstik... 



This moment, masa berjalan ke pelamin sambil pgg tgn mak.. nervous aku terus hilang, telinga aku jadi pekak,, tak dengar apa-apa.. langsung.. tapi aku rasa tenang je.. Alhamdulilah.. masa jalan tu aku lupa mak ckp apa dengan aku,, sebab memang tak dengar apa dah.. focus aku masa tu nak nikah aku dipermudahkan.. yang lain aku tanak tahu.. 



Zee pgg tgn sebelah, mak pgg tgn sebelah lagi,, syue urut-urut belakang aku.. memang sangat lega.. time ni memang tenang sangat... sikit pun tak rasa ketar-ketar ke apa.. biasa jeee.. berkat doa aku.. huuu.. cumanya.. muka aku gila ketat.. ni senyum pun sebab camreman mai bisik kat aku suruh senyum.. hahaha.. tak rugi aku bayaq mahai-mahai kat depa...




Betu, sentuhan tu memang boleh buat kita tenang.. kalau mak tak buat cam tu.. aku tak tau lah aku mcm mana... sbb tu bila aku teman org nikah... aku akan sentuh pengantin tu.. sbb aku tahu rasa tu mcm mana.. Alhamdulilah, syukur sebab mak, syue and zee banyak bantu tarik perasaan gelabah bewak aku tu.. hahahahaah.. 


First picture after tie the knot!!! 


InsyaAllah untuk  next post aku akan share dengan korang the importance of having reference on your weeding day! Aku akan share jugak, apa reference yang aku buat,, expectation vs reality!!! ok.. InsyaAllah very soon!!! 


Comments

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

New Cell Phone

Assalamualikum, wahh beli hp baru dah tau... acctually dah lama, cuma baru terigt nak share kat sini. Mesti korang igt Siii, Sii, 4S, Note, BlackBarry semua kan!!! tak lah.. mak tak mampu lah nak beli hap mahal2 semua ni... mana ada fulusss. Acctually tukar HP ni pun sebab HP lama dah rosak,, si Yari tu lahhh.. well tahu lah kenapa aku beli Yari tu, seigt aku hp tu yang first edition utk main game, free hand game tu. sebab tu lah aku beli. Zaman tu,, mana ada lagi samsung galaxy semua tu. Org pun tak percaya pada kebolehan samsung lagi, kiranya iPhone pun baru keluar lah, lama lah jugak, dalam tahu 2009, habis je SPM terus p beli. Spec dia mmg bagus lah,, kira agak lama jugak pakai so,, bila di rosak, aku boleh terima dgn hati yg terbuka.. huhuhu... mmg igt nak tukar pun tapi lepas diploma ni lah,, tup tup tup,, dia bantai rosak dulu, dia bukan apa, kita tak boleh slide dia dah,, kena biar terbukak mcm ni je. Katanya ribbon dia yg rosak, kalau nak baiki RM150, baik tambah