Skip to main content

Perempuan, sila bangkit semula

Assalamualikum,

Satu hari busy dalam news room. Menulis, maniap, bercakap dan tahan lapar.. (yg last sekali tu paling parah) balik saja, lepas solat.. ini yg aku buat,.. update blog. Ya menulis lagi.

Aku lebih selesa menulis dari bercakap. Well org yg kenal aku akan gelak bila baca statement aku yg satu ni. Sebab semua tahu aku kuat bercakap. Actually tak jugak, sebab aku lebig prefer menulis. Rasanya lebih jujur dalam penulisan berbanding tutur kata. Ada curtain thing yg kita tak boleh ckp pada seseorang, cara lain utk rasa release, menulis.

Dalam kelas, kalau lecturer bg assignment menulis around 3 hingga 5 page, aku lah org paling suka. Sebab mudah, apa saja yg kau nak tulis, tulis lah... let it free kat atas kertas kosong tu. enjoy it!. BTW bukan nak cerita pasal menulis kat sini. HA.....

Aku nak share something, pasal stage org yg baru putus cinta. Actually benda ni dah lama aku dan Zee discus kan, al maklum lah.. kami masing2 single. Putus pun lebih kurang sama je caranya. So boleh dikatakan apa yg aku rasa, dia pernah rasa dulu.

Tapi rasanya stage ni, org perempuan saja yg akan lalui, where lelaki i guess its just took around 2 days for you to recover kan. Bukan mcm perempuan,, lama masa yg diambil.

Sebab ini Bagaikan Puteri, so kita cerita dari sudud perempuan saja lah ya.. but then, kalau ada yg nak share dari sudut lelaki,, feel free to comment kat bawah ni.

Stage 1.
1. Menangis. Tak kisah lah, sekuat mana pun hati org tu, bila dia putus cinta mesti dia akan menangis semahunya.
2. Tak ada confidence untuk build social life dgn org. Akan rasa nak terperuk dalam rumah.
3. Kurang bercakap.
4. Serabut. Tak kisah lah dari segi pemakaian dia ke, kerja dia ke, semua serabut. Tak betul jadinya
5. Sensitive. Jgn sebut apa2 berkaitan dengan dia dan bekas kekasih, nanti banjir kilat!. Tempat yg ada kenangan dia dan kekasih pun elakan pergi.
6. No new boyfriend. Dia tak akan ada boyfriend di stage ni, kalau ada lelaki ngorat dia pun dia x layan. Mana tak, pandang lelaki pun x nak. Sebab ada satu tembok besar yg dia buat, utk halang dari semua ni.
7. Mula utk buat sesuatu diluar jangkaan. Sesuatu yg dia x pernah buat seumur hidup dia.
8. Dengar lagu sedih, atau tonton movie sedih.
9. kuat makan ice cream, chocolate, dan cake
10. daydreaming sambil nangis
11. hari2 yang sangat lesu
12. rindu si dia bila tgk lovely couple.

Stage 2.
1. Dia dah mula move on. No more crying.
2. Dah mula nak bergaul dengan orang sekeliling.
3. Boleh terima kenyataan, yg dia dah single.
4. Dah mula utk rencanakan sesuatu yg baru dalam hidup dia. Like tukar kerja ke, tukar cara pemakaian ke. 5. dah mula minimize kan kenangan dia dan kekasih.
6. kalau di stage pertama dia syg dan rindu pada kekasih lama, stage sekarang dia dah mula benci.
7. Masih belum jalinkan hubungan dengan mana2 lelaki.
8. mula jealous bila tgk lovely couple sambil jerit "Alah,, sekarang memang lah sweet, lagu dua tiga bulan dia tinggal kau,, meraung padan muka"

Stage 3
1. Dah completely recover dari sedih putus cinta. (good for her)
2. ada sesetengah org dah mula cari pasangan
3. Selesa utk bergaul semula dengan teman2
4. Dah enjoy life as single lady.
5. Dah kuat, tabah
6. menangis tu loser bagi dia.
7. Tak ada apa2 perasaan dah pada bekas kekasih.
8. jadi orang yang periang, happy, banyak cakap.
9. back to normal.

Ni pada pendapat aku dah Zee lah. Aku masih di stage 2. Dari satu stage ke satu stage, ambil masa sebenarnya. Mcm aku selalu katakan, ini soal hati. Bukan mudah untuk dipujuk.

Nak bangkit semula dari rasa sedih dan menyesal tu, alahai... susah.. sangat susah. Alhamdulilah, aku dah semakin ok dan boleh terima kenyataan.

Kalau kau putus cinta denga buah hati, is ok. Bukan penghujung jalan pon lagi. Ambil lah masa berapa banyak yg kau mahu untuk pujuk hati kau. Is ok, yg penting, jgn terlalu ikutkan perasaan. Tak ada gunanya pun, at the end of the day,, kau tetap kena move on jugak. Sebab dia tak akan kembali pada kau.

Kalau dia pujuk kau semula, aku harap kau pertimbangkan. Mungkin lebih baik sendri dulu untuk beberapa jangka masa, fikir sebetulnya, apa tujuan hubungan korang. Sejauh mana serious dia pada kau. Jaga hati kau, jgn biar sekali lagi hati kau sakit. NO. Nampak tak,, aku bg big NO kat sini. '

Comments

  1. dik..akak tumpang baca..masih lagi stage 1..dr tahun lepasss, awatnyaaaaaa T_T
    nak share blehhh

    ReplyDelete
  2. tak apa, share lah,, saya x kisah pun. Ambil masa untuk recover, jangan risau, jangan stress ya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bachelor Of Mass Communication (HONS.) Journalism, Minor in Public Relation

Assalamualikum semua Tersangat lah lama masa yg aku amik untuk update blog. Sibuk sebenranya, dari lepas raya sampai lah minggu ni. Entry yang lepas tu sebenranya dah lama aku draft, dah sebulan, baru ada masa untuk edit dan post kat public. Alhamdulilah, terima kasih Allah, dah cukup 2 minggu aku menjadi sebahagian dari keluarga besar UiTM buat sekali lagi dalam semester 3 secara keseluruhan 6 semester. So far, aku agak teruja dgn environment kat sini. Actually ramai yg mintak aku utk buat entry baru tapi mmg x sempt sebenarnya dgn kengkangan masa yg sgt kuat. Ye mmg baru dua minggu masuk,, bukan ada apa sgt nak di buat. Lecture pun ada yg x masuk lagi. Tapi jadual kelas aku boleh dikatakan agak padat sebenarnya. Setiap hari ada 2 hingga 3 kelas. Mmg lemau tahap kambing. Hahaha. tapi untung sebab hari jumaat x de kalas dan hari khamis ada 1 kelas je disebelah pagi. So kalau nak balik Penang tu mmg untung lah jugak. Tapi sampai ke hari ini masih belum ada kesempatan utk balik Pen

Dari Melati Ke PKNS

Assalamualikum Selalu cerita tapi kalau x ada gambar pun tak best jugak kan? Tiba2 rajin pulak aku nak selak2 gambar lama utk share dengan korang semua.  Basically degree life aku yg sangat bosan dan tough. So untuk entry kali ni aku nak share gambar-gambar tempat tinggal aku yang sangat cantik.. errrr!! Rindu Shah Alam sampai aku buat entry khas, actually rindu Shah Alam ni bukan sebab rindu belajar ke apa, tapi rindu life kat sana yang free,, rindu nak ada katil sendiri, tempat sendiri yang tak akan ada sapa2 usik. If you know what i mean.  Ok baiklah, mcm semua tahu aku dari Melaka di fakulti yang sama, so bila sambung degree kami dapat terus ke part 3 degree. Jadi untuk first semester di Shah Alam, aku dapat duduk dalam kolej Melati. Antara Kolej yang besar kat sana.. cehhhhhh!!!!  Jangan tanya aku kat Shah Alam tu ada berapa kolej eh!! aku tak tahu,, yang aku tahu melati, mawar, seroja ha.. ok tu je yg aku ingat.  Yang bestnya melati ni boleh duduk 2 ora

Bride To Be- Resign #menjelangjanuari

Soo yeah Memang betul, right after aku dapat je kad kahwin, aku terus resign. hahahah buttt sebelum tuuuuuuu Lepas je aku complete degree, aku terus apply kerja kebetulan time tu memang Mydin tengah cari social media admin. yes babe,, Mydin HQ. by the way, this is the first time publicly aku share pasal working experience aku.  Ok sambung... So aku apply lah sebab sebelum aku sambung degree kan aku ada kerja kejap kat area Puchong kot tak salah as copywrite. And job scope lebih kurunag yang macam Mydin nak cari. Aku pun try, ingat lagi masa aku p Interview tu betul-betul lepas submit Academic Writing degree. MAsa dia cerita pasal job scope kat Mydin terus aku jatuh cinta sebab aku happy kerja yang related dengan media dan news paper. Kat Mydin, social media admin under Marketing and Communication department (marcomm) and aku under unit news and media kalau tak silap. So di singkat kan cerita, aku start kerja rasanya dalam bulan August 2015 (sorry tak ingat tarikh) So far me